Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula 1 Feb, Sayap Bahagian 11 Mac Dan Bahagian 18 Mac

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam tadi telah membuat beberapa ketetapan berkenaan tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Tahunan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian untuk Tahun 2023 yang melibatkan pemilihan jawatan. Katanya, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri […]

» Read more

Ketepi Perintah Waris Kesultanan Sulu, Tahniah Pasukan Peguam Pertahan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pasukan peguam yang dibentuk oleh Jabatan Peguam Negara di atas kejayaan awal Malaysia dalam mengetepikan Perintah Penahanan terhadap aset dan kepentingan strategik negara yang difailkan oleh waris kesultanan Sulu di mahkamah Luxembourg bersabit tuntutan mereka berjumlah $14.92 billion. Menurut beliau kejayaan awal […]

» Read more

Tun M Dan Muhyiddin Perlu Muhasabah Diri Daripada Terus Salahkan Individu Lain – Isham

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bermuhasabah diri daripada terus menyalahkan individu lain. Katanya ini termasuk berterusan meratib nama Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasuah sedangkan rakyat juga mengetahui bahawa Tun Mahathir juga sepatutnya dihukum dengan perbuatan yang pernah dilakukan sebelum ini. “Tun, Najib telah […]

» Read more

Usah Meraih Laba Politik Dengan Menyulam Kebencian Terhadap Umat Islam – Zuhir Ghazali

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia mengecam tindakan pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Palu ekoran membakar al-Quran dengan niat politik serta menagih perhatian. Presidennya, Muhammad Zuhir Ghazali berkata tindakan itu sewajarnya dikutuk dan dikecam bukan saja oleh negara umat Islam, malah seluruh masyarakat dunia yang bertamadun serta yang inginkan keamanan dan keharmonian. “Tindakan […]

» Read more

Jangan Campuri Urusan Jawatan TPM, Faizal Azumu Sepatutnya Fokus Kluster Mahkamah PPBM – Isham

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil hari ini menempelak Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Faizal Azumu ekoran kenyataan terbaharunya membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamadi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Katanya ini kerana bekas Ahli Parlimen Tambun itu tidak perlu mencampuri perkara tersebut dan sepatutnya fokus untuk bersedia dengan rakan-rakan dalam partinya yang […]

» Read more

Zahida Luah Simpati Kepada Mangsa Banjir, Pesan Jaga Keselamatan Diri

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan meluahkan keprihatinan beliau ekoran beberapa kawasan di Johor dan Sabah dilanda banjir. Menurut beliau, melihat kepada situasi semasa banjir dan bilangan mangsa semakin meningkat khususnya di Sabah juga perkara yang membimbangkan. “Dikhabarkan situasi banjir di Johor dan Sabah makin buruk. Bilangan mangsa meningkat setiap hari,” katanya […]

» Read more

Lebuhraya LTU/CSR: Pemimpin UMNO Utamakan Keselesaan Rakyat Demi Kesejahteraan

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Untuk memastikan keselesaan pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung halaman khususnya di Pantai Timur, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sentiasa mengikuti perkembangan pembinaan Lebuhraya Tanpa Tol Lingkaran Tengah (LTU) atau Central Spine Road (CSR). Jelasnya, lebuhraya sepanjang 365 kilometer itu boleh menyingkatkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan sehingga […]

» Read more

‘Pembersihan’ Besar-Besaran UMNO Tumpu Ahli Sabotaj Parti – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 26 Jan – UMNO akan melakukan ‘pembersihan’ parti secara besar-besaran, dengan memberi tumpuan kepada mereka yang didapati mensabotaj parti serta calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perkara tersebut, akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu negara esok. “Saya kata dalam Perhimpunan Agung UMNO […]

» Read more

Wanita UMNO Malaysia Terus Prihatin, Ziarah Kasih Ke Kedah

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Wanita UMNO Malaysia meneruskan keprihatinan apabila melakukan ziarah kasih ke Kedah dengan mengunjungi beberapa kepimpinan Wanita bahagian. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad melalui hantaran di Facebook memaklumkan kunjungan ke Merbok, Pokok Sena dan Jerai. “Saya dan sahabat-sahabat Wanita Malaysia berkesempatan menziarahi Ketua Wanita UMNO Bahagian Merbok, Hapsoh Ahmad yang telah kehilangan suaminya baru-baru ini. […]

» Read more

Tiada Keperluan Naikkan Had Siling Hutang Negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Tiada keperluan untuk menaikkan had siling hutang negara kepada lebih 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata kerajaan telah menaikkan had siling sebanyak dua kali daripada 55 peratus kepada 60 peratus daripada KDNK ketika pandemik COVID-19 dan kemudiannya kepada 65 peratus sehingga setakat kini. […]

» Read more
1 805 806 807 808 809 2,037