Zahida Luah Simpati Kepada Mangsa Banjir, Pesan Jaga Keselamatan Diri

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan meluahkan keprihatinan beliau ekoran beberapa kawasan di Johor dan Sabah dilanda banjir.

Menurut beliau, melihat kepada situasi semasa banjir dan bilangan mangsa semakin meningkat khususnya di Sabah juga perkara yang membimbangkan.

“Dikhabarkan situasi banjir di Johor dan Sabah makin buruk. Bilangan mangsa meningkat setiap hari,” katanya pada hantaran di Facebook.

Zahida juga pada masa sama berharap agar kesemua mangsa untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga serta patuh kepada arahan agensi bertanggungjawab.

“Sama sama kita doakan air segera surut dan semua mangsa dalam keadaan selamat. Jaga keselamatan diri dan ahli keluarga. Patuh pada arahan pasukan keselamatan sekiranya diminta berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS),” ujar beliau.

Terdahulu, mangsa banjir di negeri Sabah meningkat kepada 6,453 orang berbanding 1,421 orang mangsa yang dilaporkan semalam bagaimanapun di Johor bertambah baik apabila jumlah mangsa yang semakin berkurangan menjadi 4,868 orang di 50 PPS pada pukul 8 pagi ini berbanding 5,476 petang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.