Tiada Keperluan Naikkan Had Siling Hutang Negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Tiada keperluan untuk menaikkan had siling hutang negara kepada lebih 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerajaan telah menaikkan had siling sebanyak dua kali daripada 55 peratus kepada 60 peratus daripada KDNK ketika pandemik COVID-19 dan kemudiannya kepada 65 peratus sehingga setakat kini.

“Hutang kerajaan adalah sebanyak RM1.5 trilion dan jumlah ini termasuk dengan kontigen liabiliti. Tetapi jika dilihat sebenarnya hutang sebenar kerajaan adalah RM1.2 trilion dan jumlah ini lebih kurang 61 peratus daripada had siling.

“Kita telah meluluskan sehingga 65 peratus had siling hutang daripada KDNK bermaksud ada (lebih kurang) 40 peratus lagi,” kata Ahmad.

Beliau kepada demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) dan Uniti Asia Group of Business, di sini, hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.