Puteri UMNO Sedia Kerjasama Dengan Sayap Parti-Parti Komponen Kerajaan Perpaduan – Shamellya

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersedia untuk bekerjasama bersama-sama sayap pemuda parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan bagi menyebarkan segala info kepada anak muda mengenai kerajaan yang telah terbentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi berkata, agenda keharmonian antara parti komponen yang ditonjolkan semasa Program Makan Malam Jalinan Mesra Pemuda […]

» Read more

Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Erat Perpaduan… Pemulaan Baik Politik Negara

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan sambutan Aidilfitri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang dianjurkan kerajaan membawa menifestasi tersendiri. Katanya, ianya memberikan permulaan baik kepada landskap politik negara serta membawa cerminan kepada rakyat demi keharmonian dan perpaduan negara. “Ini suatu pemulaan baik bagi politik Malaysia dengan semua kepimpinan turun… menteri, timbalannya, […]

» Read more

Pimpinan Muda Bertanggungjawab Pastikan Generasi Akan Datang Cakna Politik

SHAH ALAM, 3 Mei – Pimpinan muda politik pada hari ini bertanggungjawab untuk memastikan rakyat cakna dan sayang dengan politik dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap orang muda sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, rata-rata daripada mereka sudah muak dengan drama politik. […]

» Read more

Tradisi Rumah Terbuka Jadi Wadah Rapatkan Hubungan Pelbagai Kaum – Bung Moktar

KINABATANGAN, 3 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menganggap tradisi rumah terbuka sempena meraikan Aidilfitri secara tidak langsung mampu menjadi wadah untuk merapatkan hubungan pelbagai kaum dalam negara ini. Menurut beliau era globalisasi kini sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih sehingga masyarakat tidak lagi bergaul dengan individu di sekelilingnya. […]

» Read more

Makan Malam Jalinan Mesra Perpaduan: Langkah Pertama Erat Silaturahim Antara Rakan Parti

SHAH ALAM, 2 Mei – Program Makan Malam Jalinan Mesra Pemuda Perpaduan sempena sambutan hari raya Aidilfitri merupakan langkah pertama bagi mengeratkan silaturahim golongan muda parti dalam Kerajaan Perpaduan. Bertempat di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, di sini majlis ini dihadiri oleh 100 orang tetamu yang terdiri daripada sayap-sayap pemuda dari semua parti komponen. Selaku salah sebuah parti yang melibatkan […]

» Read more

Pengangkutan Awam Yang Efisien, Kurangkan Kesesakan Trafik

PUTRAJAYA, 2 Mei – Perkhidmatan pengangkutan awam mesti digunakan dengan efisien sebagai usaha mengurangkan kesesakan trafik di pusat bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini termasuk cadangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menambah jumlah laluan khas bagi perkhidmatan bas serta peluasan kaedah laluan kontra di kawasan terlibat terutamanya di sekitar Lembah Klang. […]

» Read more

BN Nafi Ahli Parlimennya Terlibat Dalam Usaha Jatuhkan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat Ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN tidak akan memporak-perandakan kerajaan sedia ada kerana ia telah berjanji untuk membentuk kerajaan yang stabil serta diperlukan bagi menguruskan negara, dan kerajaan ketika […]

» Read more

Peruntukan Sekolah Persendirian: Ini Bukan Soal Politik – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh beranggapan bahawa isu pembahagian peruntukan pendidikan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) dan institusi pendidikan agama bukanlah soal politik bahkan ianya hak rakyat. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO tetap akan membawa isu ini tidak mengira siapa yang memegang tampuk kepimpinan […]

» Read more

TUDM Jalankan Siasatan Dalaman Dakwaan Anggota Dibuli – Mohamad

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan buli seorang anggota di pusat latihan di Kuantan, Pahang. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata siasatan dalaman dijalankan selepas bapa pelatih berkenaan membuat laporan polis terhadap kejadian yang menimpa anaknya di pusat latihan tersebut. Beliau berkata polis juga telah hadir ke pusat latihan berkenaan […]

» Read more

Isham Ingatkan Noh Omar, Banyak Jasa UMNO Kepada Beliau

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mengingatkan bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar bahawa parti keramat ini banyak berjasa kepada beliau sebelum ini. Menerusi hantaran di laman Facebooknya Isham berkata, kenyataan Noh Omar mengenai UMNO ditunjangi ‘kaki bodek’ itu ibarat ‘kacang lupakan kulit’ kerana UMNO yang mengangkat beliau menjadi wakil […]

» Read more
1 747 748 749 750 751 2,046