Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Erat Perpaduan… Pemulaan Baik Politik Negara

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan sambutan Aidilfitri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang dianjurkan kerajaan membawa menifestasi tersendiri.

Katanya, ianya memberikan permulaan baik kepada landskap politik negara serta membawa cerminan kepada rakyat demi keharmonian dan perpaduan negara.

“Ini suatu pemulaan baik bagi politik Malaysia dengan semua kepimpinan turun… menteri, timbalannya, kepimpinan negeri malah pemimpin parti juga.

“Membawa kepimpinan itu lebih dekat dengan rakyat kerana sebelum ini kita buat di Putrajaya dan Kuala Lumpur tetapi kali ini kita bawa ke negeri-negeri.

“… ianya tidak seharusnya dilihat sebagai motif politik dan saya lihat sebagai suatu langkah yang sangat baik,” katanya ketika ditemui baru-baru ini pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang pertama kali di Hotel Raia, Alor Setar pada Sabtu.

Mengulas lanjut berkenaan peranan UMNO dalam kerajaan, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata parti keramat ini memberikan sumbangan penting terutama kepada kestabilan kepada kerajaan sedia ada.

Malah jelas Shaiful ini dapat dilihat melalui kepimpinan parti yang berada dalam barisan Kabinet yang mempunyai pengalaman dan trek rekod terbaik dalam kerajaan.

“Penting kita kena stabilkan kerajaan, UMNO sebenarnya berperanan sebagai check and balance juga kepada kerajaan sedia ada dengan pengalaman luas kita.

“Saya juga yakin dan percaya dengan kepimpinan UMNO yang sedia ada, komposisi enam menteri sangat baik, berpengalaman, mempunyai pengetahuan ianya dapat menyumbang yang terbaik untuk Kerajaan Madani sedia ada,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.