Junjung Titah Sultan Kedah, Namun Bimbang Dijadikan Modal Politik Negatif – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 19 Jun – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mahu ruang diberikan kepada rakyat Kedah untuk menilai fakta sejarah daripada sudut yang neutral dan ilmu. Namun begitu, Shaiful Hazizy melahirkan kebimbangan kerana ianya akan dijadikan […]

» Read more

Dr Asyraf Akhiri Lawatan Kerja Ke Johor, Ikrar Komitmen Perkasa MARA

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengakhiri siri lawatan kerjanya ke Johor. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) memulakan siri kunjungan pada Ahad ke Karnival Institusi Pendidikan MARA yang berlangsung di Plaza Larkin. Karnival yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan pempamer terdiri daripada Institut Pendidikan MARA, Institut Pengajian […]

» Read more

PRN Selangor: Proses Pembahagian Kerusi BN-PH Lancar, Elak Boikot Calon Kerajaan Perpaduan – Lokman

SUNGAI BESAR, 19 Jun – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan bahawa proses rundingan pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor berjalan dengan lancar. Jelasnya, tindakan memboikot calon-calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding pada PRN Selangor tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan menyebabkan Perikatan Nasional (PN) mendapat keuntungan […]

» Read more

Kongres Ekonomi Melayu Bakal Tingkatkan Kehidupan Anak Muda – Aliff Hilmi

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohamad Aliff Hilmi berpandangan Kongres Ekonomi Melayu yang bakal diadakan oleh pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO adalah satu manifestasi kepada pelapis kepimpinan muda. Ini kerana katanya Kongres Ekonomi Melayu akan dapat meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu khususnya anak-anak muda dan seterusnya turut memberi kesan pada negara. “Kongres Ekonomi Melayu yang bakal […]

» Read more

UMNO Akui NGO Main Peranan Pupuk Perpaduan – Jeffery

TUARAN, 19 Jun – Setiap pertubuhan sukarela (NGO) di negeri ini memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sedia terjalin supaya masyarakatnya hidup aman sejahtera. Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata, ini boleh dilakukan melalui pelbagai kegiatan yang diatur sepanjang tahun bukan sahaja melibatkan ahli persatuan namun perlu melibatkan masyarakat luar agar hubungan silaturahim sentiasa terjalin. “Melalui persatuan ia […]

» Read more

Bawa ‘Mood’ PAU 2023 Ke Akar Umbi, Sama-Sama Muhasabah Bina Kekuatan Baharu – Fadzli

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal percaya dan penuh yakin ‘mood’ Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berakhir minggu lalu mampu menggamit satu kekuatan baharu kepada parti berkenaan terutama pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 khususnya berdepan dengan cabaran. Menurut beliau apa yang penting dan yang utama masing-masing pelbagai peringkat perlu bermuhasabah dan sama-sama memperbetulkan segala […]

» Read more

Sultan Selangor Perkenan DUN Dibubar Jumaat Ini

KLANG, 19 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini. […]

» Read more

PAU 2023 Titik Mula Kesepakatan Hala Tuju UMNO – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang diadakan pada 7 hingga 10 Jun lalu menjadi titik mula kepada kesepakatan hala tuju parti. Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi berkata, ini kerana pembawaan naratif antara ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri dan pucuk pimpinan dilihat mencapai tujuan yang sama. “PAU2023 menjadi titik mula […]

» Read more

Kerjasama Bentuk Kerajaan Perpaduan Demi Kepentingan Rakyat, Negara – SUA

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Kerjasama antara parti yang dijalin dalam membentuk Kerajaan Perpaduan adalah demi kepentingan rakyat, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Pendirian itu diulangi beliau bagi mengelakkan salah faham apabila masih ada segelintir pihak yang mengaitkan kerjasama di antara UMNO dan Dap. “Kita bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tapi dalam dia ada Dap, sebab […]

» Read more

PRN : UMNO Johor Hantar Jentera Berpengalaman Bantu Kempen

JOHOR BAHRU, 18 Jun – UMNO Johor akan menghantar jentera yang berpengalaman dan komited bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan nanti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan. “Johor ditugaskan untuk membantu Negeri Sembilan, jadi saya berharap agar kesemua 26 bahagian di negeri ini menghantar mereka yang berpengalaman (dalam pilihan raya) dan komited […]

» Read more
1 696 697 698 699 700 2,037