Dr Asyraf Akhiri Lawatan Kerja Ke Johor, Ikrar Komitmen Perkasa MARA

JOHOR BAHRU, 19 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengakhiri siri lawatan kerjanya ke Johor.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) memulakan siri kunjungan pada Ahad ke Karnival Institusi Pendidikan MARA yang berlangsung di Plaza Larkin.

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan pempamer terdiri daripada Institut Pendidikan MARA, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Karnival tersebut menyaksikan sehingga 10,000 orang pengunjung dan mencatatkan 342 tawaran melanjutkan pelajaran ke para pelajar lepasan Siijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam pelbagai bidang tertiari, profesional dan juga kemahiran (TVET).

Mereka turut mempamerkan produk inovasi dan kejayaan yang diterima mereka bagi menarik minat pengunjung.

Berkesempatan dengan keberadaan di sana, Dr Asyraf turut bersama dengan warga MARA negeri dalam sesi libat urus bagi perbincangan gerak kerja.

Dr Asyraf dalam pada itu mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kediaman Rasmi Bukit Saujana bagi perbincangan isu-isu semasa negara.

Memulakan kunjungan hari ini, beliau ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Johor Bahru untuk bertemu dengan para pelajar dan warga pendidik bagi melihat sendiri suasana persekitaran di sana.

Mengakhiri lawatan ke negeri ini beliau ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pasir Gudang bagi meninjau kampus berkenaan di samping diberikan penerangan mengenai program-program yang ditawarkan.

Beliau juga diberikan penerangan berkenaan Loji Simulasi Hiliran Bersepadu bagi kemudahan pelajarn yang mengikuti pengajian dalam bidang berkaitan industri minyak dan gas. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.