Tolak Kenyataan Provokatif, Kestabilan Adalah Keutamaan Berbanding Agenda Peribadi

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan menzahirkan rasa kecewa dengan kenyataan bekas setiausaha publisiti Dap, Tony Pua, baru-baru ini yang dianggap bersifat provokatif dan berniat untuk memburukkan kerajaan perpaduan di mata rakyat. Katanya, walau apa pun niat Tony Pua ketika membuat kenyataan tersebut, perlu ditegaskan di sini yang kestabilan negara adalah keutamaan […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Bergerak Ke Hadapan Demi Kestabilan Politik Negara – SUA

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan penghargaan atas komitmen pemimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk fokus kepada agenda membantu rakyat tanpa toleh ke belakang. Menurut beliau, perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri pada pertemuan yang diadakan semalam. “Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, semua setuju untuk […]

» Read more

Tekad Jentera UMNO Negeri Sembilan Bawa Semangat Kemenangan Hadapi PRN – Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kepercayaan kepada keseluruhan jentera UMNO Negeri Sembilan dalam berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Jelas beliau melihat kesungguhan yang diberikan merupakan suatu petanda baharu kepada kemenangan UMNO serta Kerajaan Perpaduan di negeri ini. “Gemuruh jiwa saya mendengar laungan semangat seluruh jentera UMNO Negeri Sembilan yang hadir […]

» Read more

Akmal Tempelak Pemuda PN, Beza Pendapat Jangan Sampai Menghina

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menempelak dakwaan Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang mengatakan Barisan Nasional (BN) ibarat kain buruk pengelap kaki basah DAP. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata sebarang perbezaan pendapat boleh diterima namun tidak perlu keterlaluan sehingga menghina. “Mengucap panjang saya bila membaca kenyataan dari sahabat saya daripada parti Pas. “Kita ni boleh berbeza pendapat,tetapi janganlah […]

» Read more

Jangan Layan Kenyataan Bertentangan Pendirian Rasmi Kerajaan Perpaduan – Zahid

SEREMBAN, 24 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin parti itu supaya tidak melayan sebarang kenyataan mana-mana individu yang bertentangan dengan pendirian komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata sekiranya pemimpin UMNO mudah memberikan reaksi balas terhadap sebarang kenyataan negatif berkenaan ia menggambarkan seolah-olah perkara itu sebagai masalah besar meskipun sebenarnya ia bukan […]

» Read more

Tony Pua Jangan Curah Minyak Ke Dalam Api – Gulam

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan UMNO, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menempelak kenyataan bekas ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang menyatakan UMNO adalah sebuah parti korup dalam satu majlis politik semalam. Jelas beliau kenyataan sebegitu ibarat mencurah minyak ke api yang akan menyemarakkan kemarahan ahli-ahli akar umbi UMNO yang masih ada sikap skeptikal dan sangsi pada […]

» Read more

Tony Pua Adalah Pelampau Politik Dalam Dap

ALOR SETAR, 24 Jun- Tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua melabel Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’ adalah sikap seorang pelampau politik. Pengerusi Barisan Nasional Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenyataan itu tidak perlu dilayan kerana golongan sedemikian yang bersifat ekstrem dan melampau, sememangnya wujud dalam setiap organisasi. “Dalam mana-mana parti politik pun, ada kumpulan dipanggil pelampau atau […]

» Read more

Dap Perlu Didik Tony Pua Supaya Lebih Beradab Dan Jangan Biadab

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Damansara, Amin Shukor berpandangan sebagai sebuah pasukan dalam kerjasama Perpaduan, Dap dan khususnya Tony Pua perlu lebih cerdik, matang dan melangkah kehadapan dalam mendepani senario semasa politik tanah air yang sedang dalam proses anjakan normalisasi. Menurut beliau semua parti atau pihak yang terlibat sebagai ahli dalam pasukan Kerajaan Perpaduan ini pun […]

» Read more

Tony Pua Ibarat Meludah Ke Langit, Jatuh Ke Muka Sendiri – SUA

KUALA LUMPUR 24, Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Tony Pua sebagai meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. Katanya ini kerana rakyat tidak pernah lupa tindak tanduk Tony ketika di Kementerian Kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) 22 bulan antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman Barisan Nasional […]

» Read more

Pemuda UMNO Selar Kenyataan Biadab Tony Pua

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyelar tindakan biadab Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan korup dan sekaligus mewujudkan ketidakpuasan hati di kalangan akar umbi UMNO di bawah. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata Tony harus menyedari bahawa tindakan beliau ini sedang merobek keharmonian dan kesepaduan yang sedang dibentuk di dalam Kerajaan Perpaduan yang […]

» Read more
1 689 690 691 692 693 2,035