Akmal Tempelak Pemuda PN, Beza Pendapat Jangan Sampai Menghina

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menempelak dakwaan Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang mengatakan Barisan Nasional (BN) ibarat kain buruk pengelap kaki basah DAP.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata sebarang perbezaan pendapat boleh diterima namun tidak perlu keterlaluan sehingga menghina.

“Mengucap panjang saya bila membaca kenyataan dari sahabat saya daripada parti Pas.

“Kita ni boleh berbeza pendapat,tetapi janganlah sampai menghina dan merendahkan antara satu sama lain,” katanya.

Dr Akmal menambah bahkan Islam tidak mengajar menghina orang lain walaupun berbeza pendapat.

“Kita lawan dengan idea dan polisi yang baik untuk rakyat bukan dengan menghina orang lain.

“Benarlah parti politik ini bukan melambangkan Islam,tetapi perbuatan kita yang sebenarnya melambangkan Islam. Moga Allah lindungi kita dari menjadi fitnah kepada Islam,” ujar beliau.

Terdahulu Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata perumpamaan yang beliau gunakan meskipun bunyinya kasar tetapi bukan bermaksud secara peribadi bermusuhan dengan rakan-rakannya dalam BN. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.