Tony Pua Jangan Curah Minyak Ke Dalam Api – Gulam

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan UMNO, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menempelak kenyataan bekas ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang menyatakan UMNO adalah sebuah parti korup dalam satu majlis politik semalam.

Jelas beliau kenyataan sebegitu ibarat mencurah minyak ke api yang akan menyemarakkan kemarahan ahli-ahli akar umbi UMNO yang masih ada sikap skeptikal dan sangsi pada Dap.

“Simpan kebodohan dan keceluparan anda Tony Puah, ingat mulut cilaka badan binasa, ianya sekaligus merencatkan usaha UMNO untuk memurni dan mengharmonikan situasi di peringkat akar umbi selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

“PAU 2023 yang inginkan UMNO move forward dengan landskap politik baru di bawah bumbung kerajaan perpaduan lebih-lebih bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu dalam pada itu mendesak kepimpinan Dap Pusat mengambil tindakan sewajarnya kepda Tony dan memohon kemaafan secara terbuka.

“Ini penting agar peristiwa dan kenyataan sebegini tidak berulang dan menguris ahli-ahli UMNO. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga,” tegas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.