Dap Perlu Didik Tony Pua Supaya Lebih Beradab Dan Jangan Biadab

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Damansara, Amin Shukor berpandangan sebagai sebuah pasukan dalam kerjasama Perpaduan, Dap dan khususnya Tony Pua perlu lebih cerdik, matang dan melangkah kehadapan dalam mendepani senario semasa politik tanah air yang sedang dalam proses anjakan normalisasi.

Menurut beliau semua parti atau pihak yang terlibat sebagai ahli dalam pasukan Kerajaan Perpaduan ini pun juga perlu memainkan peranan yang sewajarnya jika ingin diterima rakyat dan pengundi.

“Saya merasakan yang kerjasama gabungan Kerajaan Perpaduan ini perlu lebih jelas terjemahannya kepada mengutamakan keperluan rakyat berbanding provokasi-provokasi murahan sebegini yang jelas bakal mengundang ketidakstabilan dalam pasukan.

“Terjemahan realistik pada kestabilan ini begitu penting kerana ianya mampu menterjemah keyakinan rakyat dan pengundi menjelang PRN yang bakal menjelang.

“Perlu diingat kestabilan atau sebaliknya kerjasama ini juga akan memberi kesan langsung yg pelbagai kepada imej kerajaan semasa yang kita sedia maklum sedang bergelut dalam pelbagai fasa, termasuklah proses memulih kepercayaan rakyat secara total kepada kerajaan,” katanya.

Beliau daripada sudut lain turut berkata sama ada kenyataan Tony ini secara sengaja atau tidak sengaja menunjukkan sikap sebenar Dap yang mungkin sedang ‘metutup’ rapi penyamarannya dalam setiap tindakan.

“Sungguhpun begitu saya juga amat faham, dengan populariti yang semakin pudar maka cetusan kontroversi sebeginilah yang amat perlu bagi Tony Pua supaya beliau tidak dilupakan terus dari radar politik tanah air,” ujar beliau.

Beliau dalam pada itu berharap Tony Pua dan Dap untuk bertenang dalam menyusun proses kehadapan serta menghormati perubahan landskap politik semasa.

“Kita boleh berbalah mencari seribu satu macam masalah sesama sendiri, tetapi ianya akan lebih mengeruhkan keadaan berbanding fokus secara matang apa yang mampu kita bina dan dibawa kehadapan demi masyarakat dan juga keberuntungan kepada rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.