Raikan Ramadan, UMNO Lahad Datu Santuni Warga Tempatan

LAHAD DATU, 8 Mac – Dalam semangat menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan, UMNO Bahagian Lahad Datu telah menganjurkan dua program serentak yang bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan di kawasan tersebut. Ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul melahirkan kesyukuran kerana dua program yang dilaksana dapat menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Terdahulu, kerjasama yang erat antara UMNO Bahagian Lahad Datu […]

» Read more

Tengku Haphiz Terkilan, Ada Usaha Gagalkan Majlis Berbuka Puasa Dengan TPM

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera melahirkan rasa terkilan ekoran ada pihak yang sedang mengadu domba untuk menggagalkan Majlis Santunan Kasih Ramadan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama warga Kuala Berang petang ini. Terdahulu, petang semalam, beliau mendapat makluman daripada pihak FELCRA selaku penganjur utama majlis […]

» Read more

Hari Wanita Antarabangsa: Norliza Seru Wanita Perkasakan Diri Demi Masa Depan

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Wanita perlu terus berusaha memperkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran demi membina legasi yang bermakna untuk generasi akan datang, kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Norliza Abdul Rahim. Dalam perutusan sempena Hari Wanita 2025, beliau menekankan bahawa tema tahun ini, “Wanita Beraspirasi Membina Legasi”, bukan sekadar slogan, tetapi satu seruan kepada semua wanita untuk terus […]

» Read more

Hari Wanita Antarabangsa 2025: Noraini Hargai Peranan Wanita Dalam Masyarakat

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia bagi menghargai peranan dan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, politik, dan sosial. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, turut menyampaikan penghargaan kepada wanita di seluruh dunia menerusi sambutan penting ini. Menurut beliau, Hari Wanita Antarabangsa bukan sekadar satu […]

» Read more

Hormati Perbezaan Beragama, Pelihara Keharmonian Negara – Ahmad Zahid

MASJID TANAH, 7 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap kesemua pihak untuk rasional dengan sentiasa menghormati amalan beragama masing-masing. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia penting bagi menjamin teras keharmonian rakyat yang telah lama terjalin di negara ini. “Kita harus memelihara keharmonian beragama di negara ini, apa pun agama yang diamalkan oleh rakyat […]

» Read more

Masjid Tanah Lokasi Pertama Jelajah Santunan Kasih Ramadan

MASJID TANAH, 7 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati melaksanakan siri jelajah beliau menerusi Majlis Santunan Kasih Ramadan. Memulakan jelajah pertama ke Melaka di Masjid Ar-Rahman Kampung Rantau Panjang Masjid Tanah, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memanfaatkan Ramadan ini bagi meraikan masyarakat setempat termasuk anak-anak yatim […]

» Read more

Pindaan Akta: Langkah Tegas Kerajaan Menangani Jenayah – Adzly Manas

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-Undang UMNO Bahagian Sungai Buloh, Adzly Ab. Manas, menyambut baik cadangan pindaan terhadap Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2024 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024 bagi memperketatkan hukuman terhadap perbuatan membuli, mengugut, serta mengaibkan individu. Menurutnya, pindaan ini akan menjadi langkah tegas dalam menangani jenayah siber seperti buli maya, […]

» Read more

Kerajaan Johor Tekad Selesaikan Isu Parit Dan Saliran, Atasi Masalah Banjir – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 7 Mac – Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkaitan parit dan saliran di kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) susulan kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini. Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata satu penyelesaian bersepadu antara MBIP, agensi kerajaan, dan pihak […]

» Read more

Dr Akmal Turun Padang Santuni Mangsa Banjir Di Merlimau

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh telah turun padang untuk menyantuni mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di kawasan tersebut. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berhasrat untuk membantu para peniaga terjejas dengan memberikan khemah secara percuma. “Semalam, akibat hujan lebat dan ribut, ramai […]

» Read more

MB Perak Ke Tapah, Imarahkan Ramadan Bersama Masyarakat

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah ke Tapah untuk mengimarahkan bulan suci Ramadan bersama masyarakat setempat pada Khamis. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah berbuka puasa bersama kariah Masjid Sultan Nazrin Shah dan solat tarawih di Surau As-Syakirin, Jalan Damai. “Meneruskan Ramadan ke-5 dengan berbuka puasa bersama kariah Masjid Sultan Nazrin […]

» Read more
1 … 684 685 686 687 688 … 2,536