PRN: KPT Bukan ‘Polis’ Pantau Mahasiswa Berpolitik – Khaled Nordin

KUALA NERUS, 30 Julai – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bukan ‘polis’ untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, kata menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Katanya kementerian malah memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik, namun mereka diingatkan agar memahami limitasi tertentu yang perlu […]

» Read more

Ketandusan Isu Punca PN Main Sentimen 3R – Najib Isa

PORT DICKSON, 30 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa berpandangan Perikatan Nasional (PN) ketandusan isu sehingga memainkan sentimen 3R iaitu agama, kaum dan raja. Katanya, ianya tindakan yang tidak wajar dilakukan kerana tidak melambangkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama. “Perkara ini tidak perlu dimainkan, mereka […]

» Read more

PRN: Marshela Fokus Kebajikan, Kemakmuran Ekonomi Rakyat DUN Semerak

PASIR PUTEH, 30 Julai – Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh, Marshela Ali mengajak rakyat Kelantan khususnya untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini. Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak itu bertekad untuk membela nasib dan masa depan para petani serta nelayan di kawasan tersebut. “Alhamdulilah, […]

» Read more

Bung Moktar Optimis Calon Kerajaan Perpaduan Akan Ungguli Kejayaan PRN Selangor

GOMBAK, 30 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin optimis Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam gabungan Kerajaan Perpaduan mampu menguasai Selangor untuk membentuk kerajaan dengan kemenangan melebihi dua pertiga. Katanya tidak banyak isu yang boleh dimainkan oleh pihak lawan khususnya Perikatan Nasional (PN), jika mereka menyentuh soal kemajuan pembangunan kerana Selangor adalah […]

» Read more

Kita Perlu Bekerja Keras Untuk Capai Kemenangan – Mohamad Fatmi

KOTA BHARU, 30 Julai – Pengerusi Parti Komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh mengingatkan para jentera untuk mencari kemenangan dengan melipatgandakan usaha sepanjang tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu turut melahirkan rasa syukur kerana para jentera telah menyelesaikan tugas mereka yang […]

» Read more

Beritahu Rakyat Jangan Terpengaruh Kempen ‘Jualan’ Syurga Neraka Semasa Berkempen – Asyraf Wajdi

KOTA BHARU, 30 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan para jentera agar memberitahu rakyat supaya tidak terpengaruh dengan aktiviti ‘jualan’ syurga dan neraka sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Beliau yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan itu turut percaya bahawa sekiranya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menang di Kota […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Serius Bangunkan Negara, Tolak Kontroversi Dan Provokasi Melampau – Bung Moktar

GOMBAK, 30 Julai – Kerajaan Perpaduan adalah serius dalam usaha untuk membangunkan negara dengan mengangkat perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran. Dalam hal ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap agar anggota parti khususnya jentera Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) tidak terperangkap dengan tingkah pihak lawan yang mula melakukan provokasi dengan pelbagai isu termasuk […]

» Read more

Ahmad Jazlan Seru Jentera Kerja Keras, Menangi Hati Rakyat Kelantan

KOTA BHARU, 30 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyeru para jentera untuk bekerja keras bagi memenangi hati rakyat di Kelantan. Jelasnya, kesemua calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang dibariskan secara rasminya telah diisytiharkan sebagai calon pada pagi semalam. “Melaporkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, alhamdulilah saya […]

» Read more

PRN Bawa Paradigma Tersendiri Kepada Muafakat Kerajaan Perpaduan – Johan

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Johan Abd Aziz berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini membawa paradigma tersendiri kepada permuafakatan dalam kalangan parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan. Katanya kerjasama yang dijalin terutama membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada ketika ini amat baik dalam usaha mengekalkan penguasaan di Selangor. “Saya sudah buat pelancaran […]

» Read more

Bung Moktar Harap Jentera Fokus Laksana Gerak Kerja Tempoh Berkempen Untuk Kemenangan

GOMBAK, 29 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap agar jentera-jentera Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) terus menumpukan fokus kepada gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon-calon parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah memulakan tempoh kempen hari ini. Jelas beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, jentera-jentera di akar […]

» Read more
1 663 664 665 666 667 2,037