Hasrat PN Guna Logo Berbeza Mampu Cetus Perpecahan – Wan Mahussin

JELI, 24 Ogos – Hasrat Perikatan Nasional (PN) menggunakan logo berbeza dengan Persekutuan untuk sambutan Hari Kebangsaan di negeri-negeri pemerintahannya mampu menyebabkan perpecahan kaum dan masyarakat Malaysia. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, ianya merupakan satu tindakan yang penting diri dan membawa ideologi politik dalam semangat patriotik. “Ianya adalah satu tindakan yang selfish dan […]

» Read more

Pendekatan Positif Bina Negara Bangsa Penting Kembalikan Keyakinan Kepada UMNO – Shaiful Hazizy

MERBOK, 24 Ogos – Keyakinan orang Melayu terhadap UMNO perlu dipulihkan segera dan pendekatan positif membina negara bangsa ini adalah penting untuk meraih kembali sokongan rakyat terhadap perjuangan murni yang digagaskan sejak 1946. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, beliau menyambut baik kenyataan panjang lebar Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkenaan […]

» Read more

PRK DUN Pelangai Pada 7 OKT – SPR

PUTRAJAYA, 24 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Okt ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 23 Sept dan 3 Okt. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan […]

» Read more

Jazlan Tempelak MB Kelantan, Perjuangan Islam Bukan Hak Eksklusif Parti Tertentu

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menempelak dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang melabel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai melawan perjuangan Islam. Katanya, tidak mungkin wakil rakyat daripada UMNO/BN menentang perjuangan Islam sedangkan parti ini sejak sekian lama membawa syiar […]

» Read more

Masa Untuk Lihat Ke Depan, Tumpuan Pada PRK Dan Usah Saling Tuding-Menuding – Sharkar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – “Ini adalah masa untuk kita sama-sama melihat ke depan khususnya dalam keadaan UMNO berdepan tiga Pilihan Raya Kecil (PRK). Jadi tidak perlulah masing-masing membuat pelbagai kesimpulan sebaliknya kita sama-sama kukuhkan muafakat untuk parti terus bergerak ke depan,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Bagi beliau keputusan Pilihan Raya Negeri […]

» Read more

SPR Jadi Tumpuan Hari Ini, Tarikh Penting PRK DUN Pelangai Diumum

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan menjadi tumpuan hari ini. Mesyuarat khas PRK yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu adalah berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari […]

» Read more

Rosni Ajak Perkukuh UMNO Kembali, Ahmad Zahid Setia Di Kala Parti Tidak Punya Apa-apa

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Tidak semua orang mampu memimpin UMNO di kala parti ini tidak punya apa-apa termasuk kuasa dan wang ringgit. Demikian luahan Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menjawab pelbagai persepsi dimainkan segelintir pihak membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jelas beliau, ini kerana ada dalam kalangan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu […]

» Read more

Bung Moktar Minta Bahagian Dan Cawangan UMNO Lakukan Perancangan Rapi Dekati Pengundi Muda

KOTA KINABALU, 23 Ogos – Semua bahagian dan cawangan UMNO di negeri ini diminta agar melakukan perancangan rapi bagi mengenal pasti dan mendekati pengundi muda 18 tahun di kawasan masing-masing yang kadarnya setiap hari akan bertambah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebaik saja pendafaran secara automatik (PSSA) dikuatkuasakan bagi pengundi muda 18 pada Disember […]

» Read more

UMNO Pekan Desak AG Siasat, Jelas Kepada Umum Berkenaan Memo Dalaman

PEKAN, 23 Ogos – Atas prinsip “Keadilan bukan sahaja hendaklah dilakukan, tetapi ia juga hendaklah dilihat sebagai sudah dilakukan”, UMNO Pekan mendesak agar Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menyiasat dan menjelaskan kepada umum berkaitan dokumen memo dalaman yang tular baru-baru ini. UMNO Pekan memberi respon demikian berhubung mutakhir ini telah terbocor memo dalaman bertarikh 10 September 2019, setebal 12 […]

» Read more

Ahli-ahli UMNO Perlu Matang, Tolak Adu Domba Runtuhkan Parti – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa ahli-ahli UMNO untuk berfikir secara matang berkaitan situasi politik semasa dengan menolak adu domba pihak lawan yang sengaja mahu meruntuhkan parti. Katanya, usia UMNO sudah melebihi 77 tahun dan sepanjang usianya UMNO telah melalui pelbagai cabaran dan mendepani pelbagai krisis namun hari ini berada dalam penolakan […]

» Read more
1 628 629 630 631 632 2,036