Suhaizan Janji Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Pulai – Ahmad Zahid

PULAI, 3 Sept – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kawasan Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat telah berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan tersebut sekiranya diberi mandat pada 9 September ini, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jelasnya, sekiranya wakil rakyat yang dipilih adalah sealiran dengan kerajaan pusat dan negeri, segala permasalahan rakyat akan dapat disantuni […]

» Read more

PRK Pulai: Jangan Terbelenggu Dengan Dakyah Dan Fitnah Pihak Lawan – Noor Azleen

PULAI, 3 Sept – Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros mengingatkan para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram agar tidak terbelenggu dengan dakyah dan fitnah yang cuba dibawa oleh pihak lawan. Jelasnya, beliau berpuas hati dengan proses berkempen yang telah berjalan lebih kurang seminggu selepas penamaan calon. “Setakat ini saya berpuas […]

» Read more

Zahid Yakin Pengundi Johor Tidak Terpengaruh ‘Fatwa Politik’ Muhyiddin

JOHOR BAHRU, 3 Sept – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pengundi di kawasan Parlimen Pulai tidak akan terpengaruh dengan ‘fatwa politik’ yang menyatakan haram untuk mengundi calon Perikatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, Sabtu ini. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ini kerana Bangsa Johor lebih matang dan […]

» Read more

Calon PH Nazri Abdul Rahman Ucap Terima Kasih, Hargai Komitmen Jentera BN

MUAR, 3 Sept – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Ir. Nazri Abdul Rahman mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua jentera Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil bagi kawasan itu dan juga Parlimen Pulai. Ir. Nazri, 56, seorang jurutera yang berpengalaman selama tiga dekad di Majlis Perbandaran Muar, turut menghargai komitmen tinggi […]

» Read more

“Hakikatnya Tak Mungkin Malaysia Akan Berubah Menjadi Negara Sekular” – Dr Asyraf

BAKRI, 3 Sept – “Hakikatnya tak mungkin negara ini akan berubah menjadi negara sekular,” tegas Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Demikian respon Dr Asyraf mengenai dakwaan pihak pembangkang Perikatan Nasional (PN) yang membuat tohmahan terkini kepada UMNO mengenai status negara ini. Sebelum ini tambah Dr Asyraf, PN sering mengatakan keberadaan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan menyebabkan kesucian […]

» Read more

Tidak Benar Sama Sekali Islam, Melayu Tergugat Di Bawah Kerajaan Perpaduan

BAKRI, 3 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dengan tegas menolak dakwaan parti lawan bahawa agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu tergugat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Tegas Menteri Pertahanan itu, tohmahan dan mainan persepsi yang sering ditimbulkan oleh Perikatan Nasional (PN) adalah tidak benar dan amat tersasar sama sekali serta lebih bertujuan mahu mengelirukan rakyat. […]

» Read more

Wakil Rakyat Dibantu Atau Membantu? Soal Jalaluddin

JELEBU, 3 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berpandangan semasa berkempen terdapat sebuah parti politik tidak lekang memainkan persepsi, emosi dan propaganda kononnya mereka satu-satunya parti yang mampu menjaga rakyat dari terperosok ke lembah kesusahan. Menerusi satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, jika didengar ceramah dari parti […]

» Read more

Pelantikan Ahmad Terrirudin Sebagai Peguam Negara Tepat – Azalina

JOHOR BAHRU, 2 Sept – Pelantikan Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 6 Sept ini, disifatkan sebagai tepat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini adalah kerana kedudukan Ahmad Terrirudin yang merupakan Peguam Cara Negara adalah nombor dua selepas Peguam Negara. “Beliau merupakan seorang yang profesional dan […]

» Read more

Pertahankan Mandat PH Di Pulai, Simpang Jeram – Bung Moktar

JOHOR BAHRU, 2 Sept – Mandat Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram perlu dipertahankan supaya rakyat di situ akan terus menikmati perkhidmatan yang terbaik selain menerima limpahan pembangunan dan ekonomi. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehubungan itu, rakyat perlu mengundi calon […]

» Read more

PRK: Pengundi UMNO Jangan Terpengaruh Kempen Untuk Tidak Keluar Mengundi – Ahmad Zahid

MUAR, 2 Sept – Pengundi-pengundi UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diharap tidak terjebak dengan kempen oleh pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak keluar mengundi pada 9 September ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ahli-ahli UMNO […]

» Read more
1 630 631 632 633 634 2,046