Wanita UMNO Rayu Pengundi PRK Pulai, Simpang Jeram Pilih Calon Perpaduan

BATU PAHAT, 8 Sept – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad merayu kepada semua pengundi di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram untuk beramai-ramai keluar mengundi calon Perpaduan. Ini kerana katanya pada saat-saat terakhir mengundi sudah pasti ramai yang mendekati pengundi dalam usaha meraih sokongan serta memberikan pelbagai harapan. “Saya percaya di hari-hari terakhir pengundian […]

» Read more

PRK: Jangan Akibat Sentimen, Kemakmuran Negeri Tergadai – Noor Azleen

JOHOR BAHRU, 8 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Noor Azleen Ambros mengingatkan rakyat di Pulai dan Simpang Jeram untuk tidak menggadaikan kemakmuran negeri Johor kerana dipengaruhi oleh sentimen pihak lawan. Jelasnya, beliau mengakui bahawa tidak mudah untuk akar umbi UMNO dan orang Melayu ‘memangkah’ selain daripada ‘dacing’ ketika musim pilihan raya sebelum ini. “Pemuda UMNO Johor mengakui […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Buta Warna, Tidak Pinggir Negeri Pembangkang Ketika Dilanda Bencana

JOHOR BAHRU, 8 Sept – Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri yang ditadbir oleh pembangkang dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan ketika bencana, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata Kerajaan Persekutuan disifatkan ‘buta warna’ kerana menyalurkan bantuan tidak mengikut parti politik sebaliknya membantu semua rakyat ketika dilanda musibah. “Umpamanya ada […]

» Read more

Pilih Parti Yang Beri Khidmat Kepada Rakyat, Bukan Yang Suka Adu Domba Amal Politik Fitnah – Jalaluddin

BAKRI, 8 Sept – Pengundi UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dinasihati agar istiqamah memilih parti yang terbukti menawarkan khidmat bakti kepada rakyat dan bukan mereka yang suka adu domba dan mengamalkan politik fitnah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ini berdasarkan pengalamannya sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang baru sahaja selesai apabila […]

» Read more

Beri Kepercayaan Usahawan Wanita Dapat Pinjaman Kewangan Lebih Besar – Ahmad Zahid

BATU PAHAT, 8 Sept – Institusi perbankan dan kementerian berkaitan digesa untuk memberi lebih kepercayaan kepada usahawan wanita dengan cara mempermudahkan mereka memperoleh pinjaman kewangan yang lebih besar. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat gesaan itu berkata, ini memandangkan usahawan wanita dilihat memiliki nilai kebolehpercayaan yang tinggi dalam membayar balik pinjaman mereka berbanding lelaki. ”Contohnya […]

» Read more

PRK: Sambutan Rakyat Menggalakkan, Tiada Unsur Boikot – Ahmad Maslan

PULAI, 8 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bahawa akan berlaku boikot pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Katanya, ini kerana beliau melihat sendiri sambutan yang menggalakkan daripada kalangan rakyat di kedua-dua kawasan tersebut. “Ada pandangan mengatakan bahawa akan ada […]

» Read more

Saya Tiada Hak Buat Ulasan, Tanya Peguam Negara – Ahmad Zahid

BATU PAHAT, 8 Sept – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada Peguam Negara yang baharu dan pasukan pendakwa raya untuk memberi penjelasan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskannya (DNAA) dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata sebagai orang yang terlibat dalam kes berkenaan, beliau tidak mempunyai hak […]

» Read more

PRK Pulai: Nur Jazlan Seru Pengundi Tunaikan Tanggungjawab, Kekalkan Sokongan Dua Pertiga Kerajaan Perpaduan

PULAI, 8 Sept – Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan para pengundi bagi kerusi di kawasan tersebut untuk keluar mengundi bagi mengekalkan sokongan dua pertiga ahli parlimen di Dewan Rakyat. Jelasnya, proses berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai berjalan dengan lancar dan beliau menjangkakan satu keputusan yang positif iaitu kemenangan bagi calon Pakatan Harapan (PH), […]

» Read more

Fokus Isu Negara Dan Rakyat, Tolak Pihak Ada Agenda Sendiri – Syauqi

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad berpandangan semua parti politik yang ada di negara ini perlu fokus kepada masa hadapan negara dan kebajikan rakyat khususnya apabila selesai pilihan raya dilakukan dengan menolak mereka yang ada agenda sendiri.  Tegasnya, dalam mendepani pilihan raya kecil, sewajarnya tidak timbul apa-apa percubaan atau kenyataan untuk menukar perdana […]

» Read more

Shaiful Sifatkan Syed Saddiq Terlepas Pandang, Buat-buat Lupa Memo Yang Bocor

ALOR SETAR, 8 Sept – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menganggap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman terlepas pandang berhubung memo pasukan penyiasat pendakwaan yang bocor, mengesyorkan bahawa pendakwaan yang bakal dilakukan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah lemah. Malah menurut beliau, “mungkin Syed Saddiq terlupa ataupun buat-buat lupa […]

» Read more
1 609 610 611 612 613 2,033