Fokus Isu Negara Dan Rakyat, Tolak Pihak Ada Agenda Sendiri – Syauqi

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad berpandangan semua parti politik yang ada di negara ini perlu fokus kepada masa hadapan negara dan kebajikan rakyat khususnya apabila selesai pilihan raya dilakukan dengan menolak mereka yang ada agenda sendiri. 

Tegasnya, dalam mendepani pilihan raya kecil, sewajarnya tidak timbul apa-apa percubaan atau kenyataan untuk menukar perdana menteri, menteri besar atau kerajaan sebagaimana yang ditimbulkan kepimpinan pembangkang.

 

“Cukuplah Malaysia menghadapi ketidakstabilan politik untuk tempoh hampir lima tahun sejak tahun 2018. Gabungan parti yang telah membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri sekarang fokus untuk melaksanakan tanggungjawab yang terbaik sebagai pemerintah, manakala parti-parti yang menjadi pembangkang pula sewajarnya  bertindak sebagai pihak ‘check and balance’ yang efektif.

“Perbezaan pendapat atau idea dalam urus tadbir negara atau perlaksanaan polisi berdasarkan ideologi kepartian harus dibincangkan secara baik tanpa pertikaian terbuka namun malangnya hari ini parti-parti pembangkang menunggu untuk mengambil kesempatan atas apa jua isu atau masalah dalaman walaupun perkara remeh atau isu yang kecil,” ujarnya kepada UMNO Online. 

Dalam masa yang sama Syauqi menjelaskan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) seharusnya dimuktamadkan tanpa ada lagi cakap-cakap berkaitan peralihan kerajaan. 

Seharusnya semua parti politik di negara ini mula menumpukan agenda rakyat serta pelaksanaan manifesto masing-masing, sama ada parti pemerintah mahupun pembangkang di peringkat Persekutuan dan juga negeri.”

Katanya, gabungan yang menang iaitu Kerajaan Perpaduan sedaya mungkin menjadi pemerintah yang terbaik untuk rakyat, manakala gabungan yang kalah pula harus menjadi pembangkang efektif dan bukan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar sebagaimana pertukaran kerajaan dan sebagainya.  

“Banyak perkara yang lebih utama perlu difokuskan dan diberi perhatian mendalam berkaitan permasalahan rakyat serta keadaan semasa ekonomi negara. Isu-isu yang lebih mustahak perlu diutamakan berbanding perbalahan politik yang tidak berkesudahan.

“Isu-isu semasa rakyat seperti kenaikan harga barang, peningkatan kos sumber tenaga, kejatuhan nilai ringgit, peluang pekerjaan, peningkatan khidmat kesihatan, peluang pendidikan tinggi serta keselamatan umum perlu diutamakan oleh semua parti politik,” katanya. 

Beliau melahirkan keyakinan dengan perkembangan terkini rakyat khususnya pengundi lebih bijak dan akan dapat menilai yang terbaik. 

“Insya-Allah, sekiranya rakyat melihat pencapaian yang baik oleh pimpinangabungan di dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan serta negeri, maka tentunya calon kerajaan Perpaduan akan jadi pilihan,” jelas beliau lagi. – UMNO Online  

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.