LTU: Amizar Boleh Teruskan Usaha Allahyarham Datuk Johari Laksana Pembangunan – Abdul Rahman

BENTONG, 27 Sept – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata bukan sahaja masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memerlukan Datuk Amizar Abu Adam yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, malah kerajaan negeri Pahang dan juga pusat. Katanya langkah itu penting kerana ianya sebagai jambatan antara satu […]

» Read more

PRK Pelangai: Amizar Mampu Beri Kemenangan Kepada BN – Ismail Sabri

BENTONG, 27 Sept – Pemilihan Datuk Amizar Abu Adam yang merupakan anak jati Felda Chemomoi adalah tepat dalam memberikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Okt ini. Bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana hampir separuh daripada keseluruhan 16,456 pengundi berdaftar di DUN Pelangai merupakan warga Felda […]

» Read more

Adnan Sifatkan Undi PN Di Pelangai Langkah Sia-Sia, Terus Pilih BN

BENTONG, 26 Okt – Undi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai merupakan pilihan atau satu tindakan yang sia-sia, demikian pandangan Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Adnan Seman. Bagi beliau langkah tersebut adalah tindakan yang merugikan kerana kawasan Pelangai akan diwakili oleh wakil rakyat pembangkang sedangkan negeri diterajui oleh kerajaan perpaduan Barisan […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah Cair Prinsip, Guna Parti Demi Agama, Bangsa Dan Negara

BENTONG, 26 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan UMNO sehingga ke hari ini  tidak pernah cair prinsipnya dalam konteks mempertahankan agama, bangsa dan negara. Menurut beliau walaupun hari ini UMNO berada bersama Kerajaan Perpaduan namun prinsipnya tidak luntur sama sekali sepertimana dakwaan sesetengah pihak dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas termasuklah soal sekular. “Inilah tahyul […]

» Read more

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 Bakal Beri Manfaat, Tutup Fitnah Dan Tuntutan Pihak Tertentu – Zambry

LONDON, 26 Sept – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir percaya bahawa Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 yang dianjurkan bakal memberi manfaat dan seterusnya menutup segala fitnah serta tuntutan pihak tertentu. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu hadir ke kolokium yang bertemakan ‘Kedaulatan dan Kekebalan Negara dalam Timbang Tara Komersial’ bagi menyampaikan ucapan penutup. […]

» Read more

Akmal Beri Amaran Kepada Pengilang Beras, Jangan Ambil Kesempatan Naikkan Harga

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh sekali lagi memaklumkan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan pengilang beras yang berdegil menaikkan harga beras. Beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka berkata ini kerana, tindakan segelintir pengilang yang mengambil kesempatan telah memberikan bebanan kepada rakyat dalam mendapatkan keperluan […]

» Read more

Komen Ucapan PM di UNGA, Muhammad Sanusi ‘Kaki Fitnah’ – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai pemimpin ‘kaki fitnah’ apabila memberi komentar mengenai ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pada minggu lalu. Ini kerana katanya, beliau turut menghadiri perhimpunan […]

» Read more

Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Kempen Fitnah Dan Tidak Berasaskan Fakta – Dr Asyraf Wajdi

BENTONG, 26 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pengundi agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan sentimen serta tohmahan yang disebarkan oleh pihak pembangkang semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai. Ujarnya, pengundi perlu berupaya menilai pihak yang berhujah berdasarkan fakta berbanding fitnah demi kelangsungan masyarakat Pelangai. Katanya, pemimpin-pemimpin pembangkang membawa […]

» Read more

Budayakan Kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik Dalam Masyarakat – HAWA

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Pertubuhan Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Malaysia (HAWA) berharap ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dapat dibudayakan dengan berkesan oleh semua peringkat masyarakat. Pengerusinya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata pengajian bidang ini perlu diterapkan kepentingannya dalam masyarakat hari ini selari dengan kepantasan perkembangan STEM dalam pemudah cara pada masa hadapan. ”HAWA berpendirian pembudayaan […]

» Read more

PRK Pelangai: Jangan Sia-siakan, Gunakan Peluang Hantar Wakil BN Ke DUN – Mohd Kamil

BENTONG, 26 Sept – Ketua  Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan 7 Oktober  nanti. Menurut beliau langkah itu penting apatah lagi kerajaan Pahang dan kerajaan di peringkat pusat diterajui oleh kepimpinan kerajaan perpaduan yang tentunya memberikan pelbagai manfaat untuk kelangsungan […]

» Read more
1 596 597 598 599 600 2,036