Rombakan Kabinet Baharu Tidak Pinggirkan UMNO Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 15 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menolak dakwaan bahawa UMNO Sabah dipinggirkan dalam rombakan barisan Kabinet baru-baru ini. Beliau mengakui turut ditawarkan menduduki Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas. Bagaimana pun katanya, beliau menolak tawaran tersebut kerana ingin memberikan tumpuan kepada parti khususnya untuk […]

» Read more

Jualan RAHMAH Beri Impak Besar, Dapat Respon Positif Daripada Rakyat – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berpandangan Jualan RAHMAH mendapat reaksi positif daripada rakyat yang mahukan ia menjadi program berterusan. Kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, kerajaan negeri akan meneruskan agenda tersebut dengan beberapa penambahbaikan agar impak yang lebih besar bakal dinikmati oleh rakyat. “Selepas beberapa bulan saya diamanahkan sebagai Exco […]

» Read more

‘Wan Fayhsal Simpan Sikit Bebal Tu’ – Puad

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai bebal. Kritikan Puad itu ekoran kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar jawatan Perdana Menteri hanya boleh disandang oleh orang Melayu. Beliau […]

» Read more

Rakyat Sabah Perlu Bersatu Realitikan MA63 Bersama UMNO, Hentikan Politik Tuding Jari – Jeffery Nor

KOTA KINABALU, 15 Dis – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffrey Nor Mohamed menegaskan bahawa rakyat Sabah melalui parti-parti politik yang ada perlu bersatu bagi memastikan masa hadapan lebih baik khususnya merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, sudah sampai waktunya politik cara lama dihentikan dan tidak lagi ada tuding jari atau ada […]

» Read more

Manfaatkan Saluran TV Tempatan Siarkan Kempen Bahaya Rokok Secara Komprehensif – Azhar

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kerajaan disaran untuk memanfaatkan saluran stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan bahaya rokok sebagai salah kempen mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan orang awam di negara ini. Senator Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, cadangan tersebut perlu dilakukan sebagai menyahut seruan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 sebagai agenda negara. “Saya cadangkan televisyen […]

» Read more

Kejayaan Setiap Menteri Dan Timbalan Menteri Kukuhkan Kepercayaan Rakyat – Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman percaya kejayaan setiap menteri dan timbalan menteri akan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan hari ini. Menurut beliau perubahan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa tidak seharusnya menjadi bahan polemik kepada mana-mana pihak sebaliknya mereka […]

» Read more

Setahun Kerajaan Perpaduan, Rombakan Kabinet Bukti Komited Perbaiki Pentadbiran – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Madani sudah memasuki usia setahun dan rombakan Kabinet baru-baru ini membuktikan kerajaan komited menambah baik pentadbiran, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan. Menurutnya, walaupun masih terlalu awal untuk menilai prestasi ‘kerajaan setahun jagung’ ini namun sungguh pun begitu, kerajaan tetap sebuah kerajaan. “Kerajaan Peraduan atau Madani ini […]

» Read more

UMNO Sabah Belum Ada Keputusan Rasmi Rakan Kerjasama Depani PRN – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Dis – UMNO Sabah belum membuat keputusan mengenai rakan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang. Demikian maklum Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menerusi satu kenyataan dalam laman Facebooknya, hari ini. Jelas beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Tuaran, menerusi pemukiman kepimpinan bahagian-bahagian […]

» Read more

Beri Sokongan Dan Kesepaduan Pada Kerajaan Perpaduan Demi Masa Depan Negara – Manndzri

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Meskipun baharu setahun Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof pelbagai inisiatif dan strategi yang kukuh telah direncana dalam usaha meningkatkan semula taraf rakyat. Menurut Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib barisan Kabinet berjaya menjana pelbagai strategi selain menekankan tatakelola yang […]

» Read more

Rombakan Kabinet Tiada Kaitan Soal Politik – Zambry

PUTRAJAYA, 14 Dis – Rombakan Kabinet adalah hak prerogatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia tidak ada kaitan dengan soal politik, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu itu berkata Perdana Menteri mempunyai hak mutlak untuk membina pasukan yang difikirkannya adalah terbaik bagi melaksanakan tugas kepada rakyat. “Tentunya […]

» Read more
1 531 532 533 534 535 2,038