Rombakan Kabinet Baharu Tidak Pinggirkan UMNO Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 15 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menolak dakwaan bahawa UMNO Sabah dipinggirkan dalam rombakan barisan Kabinet baru-baru ini.

Beliau mengakui turut ditawarkan menduduki Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Bagaimana pun katanya, beliau menolak tawaran tersebut kerana ingin memberikan tumpuan kepada parti khususnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

“Ya, saya menerima tawaran tersebut, bagaimanapun saya menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada tanggungjawab saya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Sabah, untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO di Sabah yang bakal berhadapan dengan PRN ke-17 akan datang,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurut Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah, tawaran ini mengenepikan persepsi pelbagai pihak yang UMNO Sabah dipinggirkan dalam rombakan kabinet kali ini.

Katanya, persepsi ini dimainkan oleh pihak tertentu di pelbagai media sosial dan menghangatkan lagi tanggapan tersebut apabila Ahli Parlimen Beaufort yang mewakili UMNO Sabah, Datuk Siti Aminah Aching yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi turut digugurkan.

Bung berkata soal pelantikan Kabinet Persekutuan merupakan hak mutalak Perdana Menteri yang tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Pihak luar hanya pandai membuat persepsi, kita di dalam lebih maklum tujuan mereka iaitu hanya ingin melemahkan UMNO khususnya di Sabah. Justeru abaikan ahli UMNO di Sabah tanggapan negatif yang hanya bertujuan melemahkan penyokongnya,” katanya.

Menurut Bung penguguran Siti Aminah sebagai Timbalan Menteri tidak mencerminkan UMNO Sabah dipinggirkan dalam rombakan tersebut memandangkan UMNO turut diberikan ruang apabila Naib Persidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik menjadi Menteri Perladangan dan Komoditi dan Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad dibawa masuk semula dalam jemaah Kabinet dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

“Pelantikan ini sudah tentu memberikan ruang atas kepasiti mereka dalam organisasi parti, Johari sebagai Naib Persiden UMNO dan Noraini sebagai Ketua Wanita lagi pun mereka dilantik tidak mengambarkan hanya berkhidmat untuk ahli-ahli UMNO di Semenanjung Makaysia sahaja tapi untuk rakyat dan ahli UMNO di seluruh negara,” jelas Bung.

Sementara itu Aminah ketika ditemui berkata beliau berlapang dada menerima keputusan tersebut dan turut mengakui soal perlantikan jemaah menteri adalah atas budi bicara Perdana Menteri.

“Saya berlapang dada menerima pengguran ini, bagi saya mungkin untuk memberikan ruang kepada Noraini selaku Ketua Wanita UMNO, kita perlu akur dan melihat kedudukan hariki dalam parti,” katanya.

Siti Aminah juga turut menafikan yang pengguran beliau disebab oleh prestasi beliau semasa menjawat timbalan menteri.

“Saya pun dari awal tidak dimaklumkan mengenai pengguran ini, memang saya akui sejak beberapa bulan lepas saya kurang sihat dan bercuti rehat lebih tiga bulan kerana baru menjalani pembedahan kedua-dua lutut saya.
“Bagaimanapun bila keadaan pulih sedikit program kementerian saya hadir dan hadir juga ke Dewan Rakyat mewakili menteri menjawab soalan cuma saya tidak dapat bergerak jauh termasuk balik ke kawasan dalam keadaan kesihatan yang belum stabil.”

Menurut Siti Aminah beliau bersikap terbuka dan profesional menerima keadaan itu kerana hak memilih barisan Kabinet merupakan hak Perdana Menteri.

Beliau juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan atas khususnya Perdana Menteri serta Presiden UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang memberikan kepercayaan dan sokongan untuk dilantik sebagai timbalan menteri.
Siti Aminah berkata belum akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli parlimen dan ahli parti.

“Kini saya akan lebih fokus untuk memberikan perhatian hal kawasan terutamanya di kawasan Parlimen Beaufort yang sebelum ini terhad dengan tugas saya di Kementerian Peladangan dan Komoditi,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.