Kejayaan Setiap Menteri Dan Timbalan Menteri Kukuhkan Kepercayaan Rakyat – Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman percaya kejayaan setiap menteri dan timbalan menteri akan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan hari ini.

Menurut beliau perubahan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa tidak seharusnya menjadi bahan polemik kepada mana-mana pihak sebaliknya mereka yang terpilih terus berjalan ke depan dengan perubahan portfolio yang baharu.

“Tunaikanlah amanah dan tanggungjawab ini sebaiknya… seterusnya mengharumkan nama Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dalam setiap jawatan dan portfolio yang ditugaskan.

“Kejayaan setiap menteri dan timbalan menteri akan menguatkan dan mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia buat parti keramat ini,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau yang juga Exco Kerajaan negeri Melaka seterusnya mengucapkan tahniah kepada barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dan berharap hubungan yang baik antara negeri dan persekutuan dapat ditingkatkan.

“Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada 12 menteri dan timbalan menteri UMNO dan seorang timbalan menteri daripada PBRS yang dilantik dalam senarai Jemaah Kabinet Kerajaan Madani.

“Terima kasih jua diucapkan kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1 merangkap Pengerusi Barisan Nasional atas kepercayaan yang diberikan.

“Insya-Allah kita sama-sama bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.