Kestabilan Politik Kunci Utama Bagi Negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Ahlli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengulangi pendiriannya bahawa kestabilan politik adalah kunci utama untuk negara ini. Dalam satu hantaran di laman X, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu berkata, untuk mencapainya pelbagai kaedah boleh dilaksanakan. “Kestabilan, kemakmuran dan keharmonian politik penting di negara ini. “Maka saya pilih untuk stabil […]

» Read more

Langkah Dubai: Cukup-Cukuplah Cipta Spekulasi… Rakyat Mahu Kita Bergerak Ke Hadapan – Hang Tuah

GOPENG, 16 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Hang Tuah Din menasihatkan Perikatan Nasional (PN) agar berhenti untuk mencipta spekulasi yang mampu menggugat kestabilan politik negara dan bergerak ke hadapan. Jelasnya, propaganda ‘Langkah Dubai’ sengaja direka oleh PN bagi menutup kelemahan terutamanya berkaitan isu sokongan ahli Parlimen mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Ianya sengaja direka […]

» Read more

Ahmad Zahid Seru Rakyat Pastikan Tempat Tinggal Bebas Pembiakan Nyamuk Aedes

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat untuk sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes. Beliau yang juga Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam hantaran menerusi laman Faceboonya berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sejumlah 123,133 kes denggi pada tahun 2023 berbanding 66,102 […]

» Read more

Onn Hafiz Ucap Terima Kasih Kepada Pemuda UMNO, Percaya Parti Mampu Bangkit Dan Membuat Rejuvinasi

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemuda UMNO Malaysia atas pelaksanaan Misi Bantuan Banjir ke negeri itu bagi membantu dan meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu dalam akaun X, beliau juga berkesempatan berjumpa dengan delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Johor yang […]

» Read more

Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak Medium Kukuh Persefahaman Dan Keharmonian – Saarani

IPOH, 15 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak yang akan diadakan pada 28 Januari ini sebagai platform penting bagi memperkukuh persefahaman dan kerjasama antara parti-parti yang mendukung kerajaan hari ini. Beliau berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bakal menjadi pentas menghimpunkan para pimpinan utama dan pimpinan akar umbi setiap […]

» Read more

Laksana Dimensi Baharu Dekati Rakyat, Berikan Impak Nilai Tambah Kepada UMNO

KOTA KINABALU, 15 Jan – UMNO perlu mengubah strategi dan pendekatan sebagai sebuah parti politik bagi membendung ‘trend’ penolakan pengundi di kawasan bandar, mahupun luar bandar. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, dimensi baharu mendekati rakyat di peringkat akar umbi perlu dilakukan oleh UMNO bahagian yang tidak seharusnya tertumpu kepada ahli-ahli parti atau kelompok tertentu […]

» Read more

Kekejaman Zionis Israel: Solidariti Majlis Ulama UMNO Bersama Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Majlis Ulama UMNO Malaysia tetap konsisten menyokong pembebasan rakyat Palestin yang kini sedang berdepan dengan kekejaman rejim Zionis Israel. Tegas Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad, ia sejajar dengan pendirian Majlis Ulama UMNO Malaysia sebelum ini yang terus bersuara dalam isu kemanusiaan. “Majlis Ulama UMNO Malaysia bersama kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada rakyat Palestin untuk mengembalikan tanah […]

» Read more

Man On The Run: Aduan Peguam Bela Najib Berasas, Tayangan Mesti Dihentikan – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan bahawa aduan peguam bela bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shafee Abdullah adalah berasas dan tayangan filem dokumentari ‘Man On The Run’ mesti dihentikan. Ini kerana katanya, filem dokumentari tersebut memaparkan banyak fakta tidak benar, prejudis, fitnah dan tidak adil kepada bekas Perdana Menteri, […]

» Read more

‘Jelajahraya Wanita UMNO Sabah’ Aplikasi Kesiapsiagaan Depani PRN – Noraini Idris

RANAU, 15 Jan – Seperti memberi bayangan Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir, Wanita UMNO Sabah sudah bersiap siaga pada tahap tertinggi untuk menghadapi pemilihan itu yang tarikhnya dijangka lebih awal diadakan sebelum tempoh berakhir tahun depan. Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris berkata, susulan persediaan itu, parti terbabit menggariskan beberapa perkara yang menjadi teras bagi memperkukuhkan tekad semua […]

» Read more

‘Man On The Run’: Shah Zanuriman Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas tayangan filem dokumentari ‘Man On The Run’ di saluran Netflix. Ini kerana katanya, filem dokumentari ini bakal merosakkan sistem keadilan negara dan sebarang tindakan berat sebelah yang ditayangkan boleh menyebabkan ia tenggelam di sebalik permainan persepsi. “Saya […]

» Read more
1 515 516 517 518 519 2,040