PRK Sungai Bakap: Misi UMNO Hanya Untuk Mengalahkan PN – Mustapha

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berpandangan bahawa sesiapa sahaja yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dari Kerajaan Perpaduan tidak menjadi masalah kerana misi utama UMNO hanyalah untuk mengalahkan Perikatan Nasional (PN). Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa keputusan UMNO/Barisan Nasional (BN) menyerahkan kerusi tersebut […]

» Read more

Mohd Shahar Terus Turun Padang Santuni Rakyat, Fokus Pendidikan Anak Muda

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah meneruskan agenda membantu rakyat dengan menyantuni penduduk di kawasan melalui program-program berbentuk kemasyarakatan, ini termasuk golongan muda. Beliau pada semalam berbesar hati ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan dan SMK Bukit Sagu bagi menyantuni para pelajar dan guru-guru bersempena dengan Program Mentor Hot Seats. Program ini disusun […]

» Read more

LCS Pertama Dibina Telah Berjaya Diluncurkan Ke Permukaan Air – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa syukur kerana Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama yang dibina telah berjaya diluncurkan ke permukaan air pada 23 Mei lalu dan menepati ‘milestone’ ditetapkan. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO telah ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS) bagi mendengar taklimat dan meninjau kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) […]

» Read more

Johor Rebut Peluang Program Halal On Track, Wadah Terbaik Perkasa Pensijilan Halal Pelbagai Industri

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Program Halal On Track (HOT) merupakan wadah terbaik dalam memperkasa pensijilan halal untuk memenuhi keperluan industri, ujar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu, ia juga memberi pendedahan kepada para usahawan untuk mempromosikan produk-produk halal mereka di peringkat global, khususnya produk negeri. “Selain itu, saya juga mohon […]

» Read more

“Sebolehnya Saya Tidak Mahu Ada Anak Bangsa Yang Tercicir” – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jun – “Sebolehnya saya tidak mahu ada anak bangsa yang tercicir.” Demikian tekad Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu komen di hantaran Facebooknya. Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO dalam laman sosialnya itu berkongsi satu video mengenai peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian di pelbagai institusi pendidikan […]

» Read more

‘Industri Halal Punyai Potensi Yang Besar Kepada Negara’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan industri halal mempunyai potensi yang besar kepada negara. Katanya ini kerana pada tahun 2023 kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) direkodkan pada kadar 7.9 peratus dengan jumlah eksport produk halal sebanyak RM53.72 billion, iaitu 3.8 peratus berbanding jumlah keseluruhan eksport negara […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Bawa Informasi Terkini, Wajar Ada Kesinambungan

KOTA KINABALU, 4 Jun – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata Jelajah Penerangan UMNO merupakan satu usaha yang amat baik kerana ia menawarkan banyak informasi terkini mengenai isu-isu semasa politik dan negara. Katanya, ia juga wajar ada kesinambungan supaya ahli di akar umbi sentiasa mendapat maklumat dan fakta yang baharu terutama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya. Bersyukur kerana […]

» Read more

Alhamdulillah… Selesai Mesyuarat Cawangan Bukti Akar Umbi UMNO Utuh – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Mesyuarat peringkat cawangan UMNO yang berakhir Ahad lalu di seluruh negara ternyata memberikan gambaran yang amat bermakna kepada parti berkenaan. Kelancaran dan kejayaan cawangan-cawangan mengadakan persidangan masing-masing baik di peringkat sayap membuktikan ahli parti berkenaan di peringkat akar umbi tetap utuh dan teguh bersama dengan perjuangan orang-orang Melayu di negara ini. Naib Ketua UMNO Lenggong […]

» Read more

MOT Perlu Pastikan Kontena Israel Tidak Berlabuh Dalam Negara – TPM Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 4 Jun – Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan rejim Zionis itu. “Saya telah sebut perkara ini, bahawa kita tidak […]

» Read more

TVET Pemacu Utama Usaha Kerajaan Lahirkan Tenaga Mahir Tempatan Berkemahiran Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berpandangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjadi pemacu utama atau game changer dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi. Ini kerana menurut beliau, ia berdasarkan statistik terkini Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), seramai 118,000 pelajar baharu mendaftar masuk ke 36 politeknik […]

» Read more
1 399 400 401 402 403 2,036