“Sebolehnya Saya Tidak Mahu Ada Anak Bangsa Yang Tercicir” – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jun – “Sebolehnya saya tidak mahu ada anak bangsa yang tercicir.”

Demikian tekad Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu komen di hantaran Facebooknya.

Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO dalam laman sosialnya itu berkongsi satu video mengenai peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian di pelbagai institusi pendidikan MARA (IPMA) ataupun mana-mana institusi pendidikan dengan biaya MARA.

“Saya kongsikan semula video tahun lepas yang masih relevan untuk pelajar-pelajar lepasan SPM sama ada yang cemerlang mahupun yang kurang cemerlang untuk sambung di mana-mana institusi pendidikan IPMA.

“…termasuklah GiatMARA, Kolej Mara, Kolej Profesional Mara (KPM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM),” katanya.

Jelas Dr Asyraf di dalam videonya, MARA banyak menyediakan peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang berkemahiran tinggi terutama pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di institusi milik mereka.

Antaranya seperti bidang automatif, aeronotical, kimpalan, aerospace dan sebagainya bermula dari peringkat sijil hinggalah tertinggi.

“Semua kursus berdaya saing dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. 95 peratus atau lebih pelajar lepasan institut-institut kemahiran MARA mendapat gaji yang bermaruah,” katanya.

Selanjutnya, Dr Asyraf melampirkan pautan bagi permohonan kemasukan ke Institusi-institusi Pendidikan MARA, seperti berikut:

https://www.malaysia.gov.my/portal/content/29598?language=my

UniKL — https://www.mara.gov.my/…/universiti-kuala-lumpur…/…

KPM- https://hi-edu.my/

GMI — https://www.gmi.edu.my/

UPTM — eadmission.kptm.edu.my

KPTM — eadmission.kptm.edu.my

KKTM — https://www.tvetmara.edu.my/

IKM – https://www.tvetmara.edu.my/

GiatMARA — https://gspel.giatmara.edu.my/my/registration

– UMNO ONLINE


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit