Tiada Lokasi Di Malaysia Dijadikan Pangkalan Latih Hamas – Ahmad Zahid

BANGI, 25 Sept – Tiada mana-mana lokasi di Malaysia yang dijadikan pangkalan bagi melatih Hamas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya cawangan khas sentiasa melaksanakan pemantauan di semua peringkat dalam aspek keselamatan negara. “Memang tidak ada, tidak ada pangkalan melatih apatah lagi dijadikan sebagai pangkalan untuk Hamas ini, kita […]

» Read more

Alhamdulillah… Projek Tebatan Banjir Lenggong Dan Gerik Bakal Dilaksana

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan serta semua pihak terlibat selepas projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lenggong yang sekian lama dinanti akhirnya bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Beliau berkata, sebanyak RM20 juta telah diluluskan tahun ini bagi pelaksanaan RTB Lenggong Fasa 1, dengan proses tender telah pun dibuat. […]

» Read more

UMNO Lahad Datu Santuni Rakyat, Teruskan Program Saling Mengasihi

LAHAD DATU, 25 Sept – UMNO Bahagian Lahad Datu di bawah pimpinan Ketua Bahagian, Sharif Musa Sharif Mabul terus melangkah ke hadapan dengan agenda kebajikan rakyat melalui Program Saling Mengasihi yang menjadi platform utama dalam menyantuni masyarakat setempat. Program yang dilaksanakan secara berterusan ini sekali lagi membuktikan komitmen UMNO Lahad Datu dalam memastikan setiap golongan yang memerlukan tidak diketepikan, sebaliknya […]

» Read more

Kerajaan Tubuh Suruhanjaya TVET Perkukuh Ekosistem Latihan Kemahiran – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 25 Sept – Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara bagi memperkukuh kawal selia institusi, selain menyelaras dan memantau strategi ke arah mewujudkan ekosistem TVET yang lebih sistematik, berfokus dan responsif. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) Bil 2/2025 […]

» Read more

Pemuda UMNO Tegas Pilih Solusi, Tolak Sensasi Himpunan Anjuran Pas – Fikhran Hamsi

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi menegaskan bahawa pendekatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam isu Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA) berbeza dengan pihak lain kerana lebih mengutamakan penyelesaian berbanding retorik. Menurutnya, UMNO berusaha mencari jalan keluar untuk meringankan beban rakyat, bukannya memilih jalan buntu […]

» Read more

Akta URA: UMNO Tidak Pernah Meninggalkan Perjuangan Orang Melayu – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 25 Sept – UMNO tidak pernah meninggalkan perjuangan orang Melayu terutamanya dalam melibatkan Akta Pembangunan Semula Bandar (PSB) atau URA, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata, rancangan pembangunan semula bandar ini telah dimulakan pada tahun 1972 melalui Rancangan Malaysia ke-2 (RMK2). “Saya rasa mesyuarat […]

» Read more

YPM & UMNO Beaufort Hulur Bantuan Mangsa Banjir, Ringankan Beban Rakyat

BEAUFORT, 25 Sept – Usaha murni membantu mangsa banjir di Parlimen Beaufort terus diperkasa apabila Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Seri Ismail Mohamed Said turun padang bersama rombongan pegawai-pegawai MARA bagi menyampaikan bantuan kepada pelajar dan keluarga yang terjejas baru-baru ini. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Beaufort merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat […]

» Read more

ASEAN Perlu Mekanisme Rentas Sempadan Tangani Ancaman Penyeludupan Dadah – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 25 Sept – ASEAN perlu tampil lebih berani melalui tindakan kolektif bersepadu agar masa depan Asia Tenggara tidak digadai kepada sindiket dadah transnasional yang semakin licik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata hanya pendekatan serantau yang berpaksikan data, teknologi dan kepercayaan antara negara anggota mampu mengekang ancaman penyeludupan. Justeru, beliau berkata Malaysia mencadangkan […]

» Read more

Hasil Bumi Bukan Dagangan Politik, Pengkhianatan Terbesar Kepada Rakyat Sabah – Datu Rosman

KOTA KINABALU, 25 Sept – UMNO Sabah mendakwa pendedahan video yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan bersama beberapa pemimpin kanan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dengan sogokan jutaan ringgit membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang dilanda krisis integriti yang serius. Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman, menyifatkan isu itu sebagai pengkhianatan […]

» Read more

Mohamad Hasan Ketuai Delegasi Malaysia Ke UNGA Di New York

NEW YORK, 25 Sept – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2025) di New York bermula hari ini hingga Ahad. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan memaklumkan Mohamad dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum pada Ahad, pukul 5 pagi (waktu Malaysia). “Selain menyertai beberapa mesyuarat peringkat tertinggi, Mohamad […]

» Read more
1 386 387 388 389 390 2,470