MB Johor Terdesak Hingga Gelapkan Fakta, Ubah Rekod… Ingatlah, ‘Numbers Don’t Lie’

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Najib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal yang terdesak menunjukkan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) hingga menggelapkan fakta dan mengubah rekod. Tegas Khaled, tindakan tersebut semata-mata mahu menunjukkan dirinya baik bukanlah satu langkah yang jujur dan profesional. “Ingatlah bahawa ‘numbers don’t lie’. “YAB Menteri Besar harus memberikan […]

» Read more

Lim Kit Siang Dibidas Jangan Hina Islam… Lebih Baik Cermin Diri, Fokus Moral Ahli Dap

KUALA LUMPUR, 26 Julai – MCA mengingatkan Penasihat Dap, Lim Kit Siang agar tidak menghina agama Islam dengan mengaitkannya dengan istilah klepto-teokrasi (kleptokrasi dan teokrasi). Naib Pengerusinya, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata demikian merujuk kenyataan media yang dibuat di laman blog Kit Siang yang secara tiba-tiba pada hari Jumaat yang mulia bagi seluruh umat Islam telah mempersoalkan adakah tamadun […]

» Read more

Kes Rogol Exco Dap: Satu Lagi Amalan Pilih Kasih Tommy Thomas?

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas tidak melengahkan pendakwaan ke atas kes rogol Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong bagi memastikan imej perundangan negara terjaga. Tegas Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ia juga sekaligus bagi menjernihkan persepsi rakyat terhadap sikap pilih kasih Tommy Thomas sebagaimana kes-kes sebelum ini yang terkait dengan […]

» Read more

11 Sebab Kenapa Tommy Thomas Harus Letak Jawatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Tommy Thomas segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara kerana gagal bersikap profesional dan adil. Pemuda UMNO berpendapat, sekiranya benar Kerajaan Malaysia Baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) ini masih berpegang kepada prinsip ‘Rule of Law’ dan memelihara kedaulatan undang-undang, Tommy tidak lagi layak untuk terus memegang jawatan selaku […]

» Read more

Penyatuan Ummah Pasti Membawa Berkat

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pemimpin UMNO dan PAS wajib meneruskan usaha baik agenda penyatuan ummah bagi merealisasikan impian membentuk pemerintahan Islam tanpa mengabaikan kepentingan kaum lain di Malaysia, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaluddin. Tegasnya, negara sudah serik dengan pelbagai angin politik yang dibawa oleh golongan-golongan yang bertentangan dengan perjuangan asal di mana Malaysia perlukan suasana hidup harmoni […]

» Read more

Amalan Malaysia Baru Alah Kritikan, Usaha Alihkan Isu Tutup Kelemahan PH

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Adakah ini menjadi amalan Malaysia Baru di mana pihak kerajaan begitu sensitif serta alah (allergic) dengan kritikan sehinggakan ciapan twitter YB Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjadi isu besar? Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Saarani Mohamad yang merujuk kepada sidang akhbar YB Aulong Nga Kor […]

» Read more

Cabuli Undang-Undang Negara: Pemuda UMNO Dan NGO Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Gerakan Tuntut Malaysia (TUNTUT) hari ini mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas untuk meletak jawatan kerana gagal bersikap profesional dan telah mencabuli undang-undang negara ini. Exco Pemuda Muhammad Faiz Hashim berkata, jika kerajaan Malaysia baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) ini benar-benar memegang kepada prinsip ‘rule of law’ dan memelihara kedaulatan undang-undang, […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS, Mengapa Dap Yang Berasa Panas – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Lim Kit Siang dan Dap perlu membawa perangai politik lebih beradab dan tertib, tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Katanya, Dap perlu tinggalkan budaya politik zaman gelap ke suatu era yang lebih menghormati teras Perlembagaan termasuk berdepan kerjasama UMNO-PAS dalam parameter politik. “Bukan semahunya menghina Islam dan memberi jenama buruk […]

» Read more

Wanita UMNO Sabah Desak PDRM, Peguam Negara Bertindak Tegas

KOTA KINABALU, 26 Julai – Wanita UMNO Sabah mendesak pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara bertindak tegas terhadap individu yang sengaja melakukan tindakan provokasi menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Ketuanya, Datuk Dr Jainab Ahmad Ayib berkata perlakuan tersebut bukan sahaja menggugat ketenteraman awam yang berbilang kaum, malah sengaja menyemarakkan kemarahan orang Islam. “Perbuatan Wendy […]

» Read more

Roh DEB Wajib Diteruskan

DASAR Ekonomi Baru (DEB) wajib diteruskan rohnya. Diperkenalkan pada tahun 1970 dengan strategi serampang dua mata iaitu untuk membasmi kemiskinan dan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi. Jika DEB tidak diperkenalkan selamanya Melayu dan Bumiputera tidak akan dapat peluang dan ruang dalam sektor ekonomi. DEB berjaya memulakan gerak ke arah pewujudan keadilan ekonomi di Malaysia apabila kadar kemiskinan negara dikurangkan kepada 17.1 peratus […]

» Read more
1 … 2,369 2,370 2,371 2,372 2,373 … 2,521