Pemantau Malaysia Baru Buat Laporan Polis Terhadap Farid Kamil

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Presiden Pertubuhan Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam hari ini membuat laporan polis terhadap pelakon Datuk Farid Kamil berhubung dakwaannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memberikan sogokan sebanyak RM 5 juta kepada dirinya bagi memaafkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. Menurut Lokman, laporan polis ini dibuat memandangkan […]

» Read more

Rasailah Denyut Nadi Rakyat, Kerajaan Negeri Kedah Jangan Tiru Bajet Guan Eng

ALOR SETAR, 8 Nov – Riuh-rendah diperkatakan tentang Bajet 2019 yang dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah lupa bahawa amanah yang diberikan rakyat itu menagih janji untuk memastikan kebajikan mereka lebih terbela, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob. Katanya, pendapatan negara yang merosot teruk telah menyebabkan banyak peruntukan kementerian dipotong dengan […]

» Read more

Belanjawan 2019: Nelayan, Pekebun Dan Penoreh Dibiarkan Terkapai-kapai

KUALA LUMPUR, 8 Nov – UMNO Terengganu menyifatkan Belanjawan 2019 Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mencerminkan keprihatinan terhadap golongan luar bandar sehingga membuat golongan berkenaan terus terkapai-kapai. Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Din Adam berkata, ia boleh dilihat dengan tindakan Kerajaan PH melakukan pemotongan dahsyat ataupun pemansuhan program-program bantuan rakyat khususnya kepada petani dan nelayan. “Di mana pembelaan untuk rakyat? […]

» Read more

Kerajaan PH Tak Perlu Tergesa-Gesa Tandatangan ICERD, Kaji dan Fahami Dahulu

PASIR SALAK, 8 Nov – Sebelum apa-apa komitmen terhadap perjanjian antarabangsa ditandatangani oleh sesebuah kerajaan, kajian dan perbincangan pemahaman implikasinya perlu dibuat terlebih dahulu termasuklah dalam hasrat untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu tergesa-gesa dalam […]

» Read more

Bajet 2019 Undang Pelbagai Persoalan, Betulkah Negara Bakal Bankrap?

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata Bajet 2019 atau bajet sulung Pakatan Harapan (PH) yang telah diumumkan sebelum ini penuh dengan 1001 perancangan yang mengundang persoalan demi persoalan. Soal beliau, betulkah negara akan bankrap jika Kerajaan Persekutuan masih ada rezab dan wang yang disatukan dari pendapatan cukai negara selama ini. “Lupakan sebentar kisah […]

» Read more

Terima Kasih Semua, Bukan Soal KM Tapi Mengenai Keluhuran dan Tafsiran Perlembagaan

KOTA KINABALU, 7 Nov – Mantan Ketua Menteri (KM) Sabah, Tan Sri Musa Aman mengucapkan terima kasih kepada mahkamah, keluarga, pasukan peguam dan semua penyokong setia yang sentiasa menjunjung dan menghormati Perlembagaan Negeri Sabah. “Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri […]

» Read more

Isu PTPTN : Menteri, Pemimpin PH Tidak Harus Jadikan Diri Mereka Bahan Ketawa

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Ahli Parlimen Paya Besar, Shahar Abdullah berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak seharusnya menuding jari menyalahkan pihak lain mempolitikkan isu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebaliknya mengakui kesilapan diri sendiri. Justeru beliau menggesa agar menteri atau pemimpin PH tidak menjadikan diri mereka sebagai bahan ketawa kerana umum mengetahui […]

» Read more

Bon Samurai : Kerajaan PH ‘Cakap Tak Serupa Bikin’

KUALA LUMPUR, 7 NOV –  Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminjam sebanyak 200 bilion yen (RM7.4 bilion) daripada Jepun adalah satu tindakan yang berlawanan dengan prinsipnya untuk mengurangkan hutang negara. Selain itu menurut Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, ia juga membuktikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga pemimpin-pemimpin PH yang lain ‘cakap tidak serupa bikin’ tentang […]

» Read more

Kerajaan PH Menjarah Petronas Bagi Menutup Kekurangan Pendapatan

RM400 bilion. Kerajaan PH menjarah Petronas membayar dividen RM54 bilion. Pada masa ini, Petronas mampu bayar kerana rizab mereka yang ditinggalkan kerajaan BN setinggi RM147 bilion pada akhir Mac 2018. Kenapa rizab Petronas tinggi? Antara sebabnya, kerajaan dulu tidak paksa Petronas untuk bayar dividen setinggi itu dan kita berjaya selesaikan isu perjanjian legasi Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) berat sebelah pada […]

» Read more

Pihak Beri Alasan Tidak Kisah Tentang Manifesto, Asal Najib Jatuh Kurang Cerdik – Tajuddin

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan pihak yang membuat kenyataan bahawa mereka tidak kisah tentang manifesto Pakatan Harapan asalkan Datuk Seri Najib Razak dan UMNO dapat dijatuhkan sebagai kurang cerdik. Ini adalah kerana menurut beliau, manifesto itu merupakan bayangan kepada pengundi ke mana arah negara yang ingin dibawa oleh sesebuah parti […]

» Read more
1 2,349 2,350 2,351 2,352 2,353 2,434