Kerajaan Perlu Kaji Semula Dasar Terhadap Pelarian Negara Asing – Norshida

KUALA LUMPUR, 28 April – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berpandangan kerajaan perlu mengkaji semula dasar terhadap pelarian dari negara asing yang memasuki Malaysia. Menurut beliau kerajaan perlu bertindak dengan melihat semula dasar yang sedia ada dari sudut-sudut tertentu seperti layanan, kemampuan kerajaan, punca dan daya tarikan yang mendorong mereka memilih untuk datang ke Malaysia. “Isu pelarian Rohingya di […]

» Read more

Bekas Pesakit COVID-19 Kongsi Pengalaman dan Pandangan Bersama Zahid

KUALA LUMPUR, 28 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat semangat serta apa yang ditunjukkan oleh bekas pesakit COVID-19, Reza Huzairi Zainudin boleh memberikan semangat serta contoh kepada seluruh rakyat khususnya dalam mendepani wabak pandemik berkenaan. Menurut beliau Reza difahamkan banyak membantu Kementerian Kesihatan menerusi pelbagai pelaksanaan termasuklah ‘motivator’ dan juga berkongsi pengalaman sebagai bekas pesakit […]

» Read more

Sabar, Patuh PKP Demi Kesenangan Bersama Pada Masa Akan Datang – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 28 April – Tiada gunanya Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan untuk tempoh seketika dan dikenakan semula selepas itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata kerajaan mahu sekiranya PKP ditamatkan bagi membendung wabak COVID-19, ia hendaklah untuk tempoh selama-lamanya dan beliau seterusnya mengajak rakyat bersabar dengan biar susah sekarang demi kesenangan pada masa akan […]

» Read more

Pembayaran Fasa Kedua BPN Bermula 4 Mei

KUALA LUMPUR, 28 April – Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat bermula 4 Mei depan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata pembayaran tersebut meliputi kesemua penerima BPN terdiri daripada golongan B40 dan M40, sama ada isi rumah atau individu bujang. Menurutnya, sehingga 26 April, lebih 3.26 juta permohonan baharu dan rayuan telah […]

» Read more

Kerajaan BN Bantu Pelarian Rohingya Atas Dasar Kemanusiaan

KUALA LUMPUR, 27 April – Barisan Nasional (BN) ketika menjadi kerajaan telah membuat keputusan untuk membantu pelarian Rohingya atas dasar perikemanusiaan, tegas Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, beberapa keputusan telah dibuat oleh jawatankuasa tertinggi yang beliau pengerusikan ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. “Beberapa keputusan dibuat antaranya untuk melatih pelarian Rohingya yang berada […]

» Read more

Isu Pendatang China… Tubuh RCI Dan Heret Pengkhianat Negara Ke Muka Pengadilan – Fairuz

KUALA LUMPUR, 27 April – Dalam keadaan rakyat sedang hangat memperkatakan tentang isu Rohingya, jangan pula lupa tentang isu pendatang China yang masuk ke negara ini sebagai pelancong tapi tidak ada rekod keluar, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin. Katanya, tujuan etnik Rohingya ke Malaysia adalah jelas ingin meminta perlindungan ‘suaka politik’ disebabkan penindasan yang dilakukan oleh kerajaannya […]

» Read more

Malaysia Ketika Di Bawah BN Tidak Terima Walau Satu Sen Dana Bagi Bantu Pelarian Rohingya – Ahmad Zahid

  KUALA LUMPUR, 27 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan Malaysia ketika di bawah Barisan Nasional (BN) tidak menerima walau satu sen pun dana yang dijanjikan oleh negara luar bagi membantu pelarian Rohingya di negara ini. Jelas beliau, bantuan tersebut dikatakan telah diterima oleh Malaysia ketika BN bukan lagi menjadi pemerintah. “Saya sendiri telah […]

» Read more

PKPD Kampung Datuk Ibrahim Majid Tamat Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 27 April – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang di Johor akan ditamatkan esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dalam sidang media harian mengenai PKP, beliau berkata segala sekatan di kawasan itu akan ditarik balik. Ismail Sabri berkata PKPD di […]

» Read more

Pelajar IPTS, IPTA Balik Kampung Mulai Malam Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 27 April – Seramai 1,128 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), akan balik kampung dalam tempoh 24 jam bermula malam ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 863 pelajar akan dihantar pulang dari zon tengah ke zon utara malam ini, manakala 265 […]

» Read more

Terus Patuhi Arahan… Trend Penurunan Penularan COVID-19 Bukan Alasan Untuk Ingkar PKP

KUALA LUMPUR, 27 April – Rakyat diminta untuk terus patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) biarpun jumlah penularan COVID-19 sudah menunjukkan trend penurunan dan negeri-negeri di bahagian Utara diwartakan sebagai zon hijau, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor. Tegas beliau, pematuhan kepada arahan kerajaan amat penting dalam memastikan negara ini benar-benar akan bebas […]

» Read more
1 … 2,154 2,155 2,156 2,157 2,158 … 2,527