Cerita Malam Raya Gamatkan Suasana Persidangan Muafakat Nasional Kedah

ALOR SETAR, 28 Sept – Cerita sambutan malam raya menggamatkan suasana Persidangan Muafakat Nasional peringkat negeri Kedah apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid membawa kisah tersebut dalam usaha merujuk kepada prinsip kerjasama di akar umbi antara UMNO dan juga PAS yang telah bertaut sebelum tandatangan Piagam Kerjasama 14 September lalu. Menurut beliau jika sebelum ini UMNO dan PAS […]

» Read more

Kerajaan Tak Boleh Kompromi Tegak Keadilan, AG Letak Jawatan… Empat Menteri Harus Disiasat

KUALA LUMPUR, 28 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia mengambil langkah tegas dan drastik hasil dari keputusan inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim semalam. Ketuanya Mohd Ariff Abdul Majid berkata pihak Kerajaan tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak dan harus mengambil tindakan tegas kepada penjenayah yang mengakibatkan kepada kematian Muhammad Adib sehinggalah kepada […]

» Read more

Piagam Muafakat Nasional Kedah Dilancar, Perkemas Gerak Kerja Ke Akar Umbi

ALOR Setar, 28 Sept – UMNO dan PAS Kedah hari ini melancarkan Resolusi Piagam Muafakat Nasional peringkat negeri berkenaan yang akan menjadi teras serta dalam usaha memperkasakan lagi Ta’awun Siyasi antara kedua-dua parti tersebut. Bertempat di Dewan Utama TH Hotel, Piagam tersebut dibacakan bersama oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Hashim Jahaya dan Setiausaha PAS Kedah, Ust Musoddak Ahmad dan […]

» Read more

Muafakat Nasional Pendekatan Holistik, Yakin Akan Dapat Diterjemahkan – Zahid

ALOR STAR, 28 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dan percaya kesepakatan yang wujud menerusi Muafakat Nasional antara parti itu dan PAS bukan hanya akan dapat diterjemahkan kepada empat negeri sedia ada hari ini yang diperintah oleh kedua-dua pari berkenaan malah akan terus meluas. Menurut beliau kerjasama berkenaan yang holistik harus dilihat bukan hanya semata-mata […]

» Read more

Anwar Perlu Panggil AG Mengadap Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus – Noraini

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memanggil Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bagi memberi penjelasan berkaitan dakwaan salah guna kuasa di dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Jelas beliau, memandangkan Parlimen bakal bersidang […]

» Read more

Kes Adib: Tuntut Ganabatirau, Kulasegaran, Waytha Moorthy, Gobind Singh Dan Xavier Bertanggungjawab – A’zlan

KUALA LUMPUR 28 Sept – Pengerusi Gerakan TUNTUT Malaysia, A’zlan Abu Bakar menzahirkan rasa syukur setelah mendengar keputusan Mahkamah Koroner semalam yang dibacakan sendiri oleh Koroner Rofiah Mohamad memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca dari perbuatan jenayah akibat di pukul. Katanya, dengan prinsip Kedaulatan Undang-Undang pihak berkuasa perlu menyegerakan siasatan serta tindakan terhadap penjenayah yang terlibat […]

» Read more

Muafakat Nasional Turun Padang, Kedah Realisasikan Sokongan

ALOR STAR, 28 Sept – Kedah menjadi negeri pertama Muafakat Nasional apabila UMNO dan PAS negeri itu menganjurkan Persidangan Muafakat Nasional yang dihadiri pimpinan parti pelbagai peringkat. Piagam Muafakat Nasional yang sebelum ini ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencatat sejarah tersendiri antara kedua-dua parti dan kini mula […]

» Read more

UMNO Merafak Sembah Takziah Kepada Kerabat DiRaja Kelantan

KUALA LUMPUR, 28 Sept. – Presiden UMNO bersama barisan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan seluruh kepimpinan UMNO serta ahli merafak sembah takziah kepada kerabat Diraja Kelantan atas kemangkatan ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempaun Zainab II di sini pada pukul 8.11 pagi ini. Pengumuman kemangkatan Baginda itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob […]

» Read more

‘Menteri Pasola’ Dan ‘Cap Ayam’ PH Penyebab Malaysia Kekeringan Pelaburan, Galak Jual Aset Negara – Tok Mat

PASIR MAS, 28 Sept – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipenuhi barisan jemaah menteri bertaraf ‘menteri pasola’ dan ‘cap ayam’ menyebabkan negara kekeringan pelaburan asing, bidas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, walaupun setelah lebih setahun empat bulan PH berkuasa, keadaan ekonomi negara amat runcing dan semakin merosot. “Sudah setahun empat bulan tiada apa-apa pun. Keadaan negara amat […]

» Read more

PRK Tanjung Piai: Mandat Dewan Tertinggi BN Akan Tentukan Parti, Calon Yang Bertanding – Mohamad

PASIR MAS, 28 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti komponen dan calon yang mewakili BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai masih belum diputuskan. Ujarnya, Dewan Tertinggi BN masih belum bermesyuarat mengenai perkara tersebut. “Parti pun belum bermesyuarat. Kita pun sedang menjalankan kaji selidik di lapangan. “Bila siap nanti kita akan […]

» Read more
1 2,130 2,131 2,132 2,133 2,134 2,447