UMNO Rakam Takziah, Mantan JR Wanita UMNO Antara Tujuh Mangsa Maut Kemalangan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – “Innalillahi wainnailaihirojiun. Sangat sedih mendengar berita ini. Parti kehilangan seorang pejuang yang setia,” demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan rasa dukacita berkaitan laporan berita kematian tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan termasuklah mantan JR Wanita UMNO. Media melaporkan, kemalangan tersebut telah membabitkan sebuah treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) […]

» Read more

Kembalikan Polisi Pinjaman Penuh PTPTN Pelajar IPT, Keputusan PH Dahulu Separuh Masak – Asyraf

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar pihak Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyemak semula polisi pemberian pinjaman PTPN secara berkadar kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi mengikut pendapatan isi rumah keluarga, kepada pinjaman penuh 100 peratus merangkumi yuran pengajian dan sara hidup. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang […]

» Read more

PRK Slim: Jentera Parti Harus Terus Bekerja Keras Demi Kemenangan Yang Lebih Besar

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim harus bekerja sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan yang jumlah majoriti yang lebih besar. Jelas beliau, walaupun Barisan Nasional (BN) dijangka menang mudah di PRK Slim ini namun itu tidak bermakna ia boleh dipandang mudah. “Kita telah melalui […]

» Read more

BN Umum Calon PRK Slim Hari Ini

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim petang ini. Pengumuman tersebut dijangka akan dilaksanakan oleh Pengerusi UMNO Perak merangkap Pengarah PRK Slim, Datuk Saarani Mohamad dalam satu sidang media di Dewan Rajawali Felda Residence, Trolak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim […]

» Read more

Semangat Perjuangan UMNO Sabah Harus Jadi Contoh – Shahril

SEPANGGAR, 12 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata semangat perjuangan yang ada dalam diri pendukung UMNO Sabah kini perlu menjadi contoh kepada semua ahli di lain-lain negeri. Katanya, walaupun UMNO negeri itu pernah menyaksikan pemimpin-pemimpinnya keluar parti secara besar-besaran, namun kesetiaan ahli-ahlinya terhadap perjuangan dan demi kejayaan parti harus dipuji. “Kita harus memikirkan kenapa kita masuk politik. […]

» Read more

UMNO Tetap Sokong Kerajaan Kerana Tiada Dap, Perkukuh Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa UMNO tetap menyokong kerajaan yang ada hari ini kerana Dap dan konco-konconya tidak ada dalam Perikatan Nasional. Katanya, orang Melayu tidak menyokong Dap dan tidak suka dengan pemecah bangsa yang bersama dengan Dap itu. “Selamat tinggal Dap dan parti-parti yang menyokongnya. Selamat datang muafakat yang berkat, […]

» Read more

PRN Sabah: Jentera Penerangan UMNO Negeri Siap Siaga Susun Strategi – Shahril

KOTA KINABALU, 11 Ogos – Jentera Penerangan UMNO Bahagian-bahagian di seluruh Negeri Sabah sudah siap siaga menyusun strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Demikian penegasan yang dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan kepada UMNO Online, sebaik sahaja selesai bertemu dengan Ketua-ketua Penerangan UMNO Bahagian negeri tersebut, hari ini di sini. “Ini lawatan kerja Penerangan yang awal, walaupun […]

» Read more

Kes Bicara Zahid: Saksi-86 Banyak Jawab Tak Tahu, Akui Urusan Wang Berkaitan Kerja Kebajikan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Saksi ke-86 kes perbicaraan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Premshangar Venugopal berkata, beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi berkaitan pengurusan dan arahan di fail Yayasan Al-Falah di Lewis & Co kerana fail tersebut diuruskan oleh rakan kongsinya Muralidharan Balan Pilai. Namun jelas beliau, dirinya dimakumkan oleh Muralidharan bahawa fail tersebut digunakan untuk merekod […]

» Read more

Terima Kasih Dengar Suara Hati Rakyat… Akhirnya Kerajaan Pertimbang Tubuh RCI TH

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa syukur dan menghargai maklumbalas kerajaan yang mempertimbangkan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan membabitkan Tabung Haji (TH). “Alhamdulillah, terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar suara hati rakyat agar ditubuhkan RCI bagi menyiasat segala tuduhan salah-laku, penyelewengan, penyimpangan dalam apa jua bentuk […]

» Read more

Konvoi Merdeka Puteri UMNO Melaka Naikkan Semangat Anak Muda Cintakan Negara

MELAKA, 11 Ogos – Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Puteri UMNO Negeri Melaka buat julung kalinya mengadakan konvoi Merdeka Negeri Melaka 2020. Ketua pergerakan Puteri negeri itu, Nurashiqin Alias berkata tujuan konvoi ini diadakan adalah bagi menaikkan semangat merdeka dan cintakan negara khusus kepada anak muda di samping mengeratkan ukhuwah Puteri negeri tersebut. “Mahu tidak mahu kita akui bahawa semangat kemerdekaan […]

» Read more
1 … 2,084 2,085 2,086 2,087 2,088 … 2,528