Siasat Segera Dakwaan Tabung Haji Bayar Dividen Haram – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berharap isu Tabung Haji (TH) tidak dijadikan alasan untuk menutup kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang selama ini masih gagal menstabilkan pasaran saham dan modal negara sehingga institusi berkenaan tidak mampu lagi memberikan dividen yang setara atau lebih baik kepada pendeposit, berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menerusi kenyataan […]

» Baca lanjut

Keputusan Speaker Berhubung Status MP Cameron Highlands Adalah Kemenangan Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof adalah kemenangan rakyat, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata demikian selepas Arif menarik kembali keputusannya sebelum ini yang tidak membenarkan Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh untuk menghadiri sidang Parlimen selepas kemenenangan beliau dalam Pilihan Raya Umum yang lalu dibatalkan […]

» Baca lanjut

Speaker Putuskan MP Cameron Layak Hadir Sidang Dewan

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menarik balik keputusannya sebelum ini yang tidak membenarkan Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh untuk menghadiri sidang Parlimen selepas kemenenangan beliau dalam Pilihan Raya Umum yang lalu dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Keputusan Speaker itu mendapat tepukan gemuruh daripada blok pembangkang. “Kesimpulannya…keperluan untuk hakim mahkamah pilihan raya […]

» Baca lanjut

Tajuddin Lahirkan Hasrat Berdialog Dengan Wakil PBB

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengenali dan mengetahui cara kehidupan rakyat negara ini yang berbilang kaum sebelum ingin mencampuri urusan pentadbiran negara ini. Justeru, beliau melahirkan jemputan kepada wakil PBB ke Malaysia bagi mengadakan dialog bersama. “Mereka tidak boleh menyamakan negara Islam Arab dengan Negara […]

» Baca lanjut

Pasca Himpunan #Daulat812 : Manifestasi Rakyat Semakin Muak Dengan PH – Dr Puad

BATU PAHAT, 10 Dis – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat himpunan aman pada Sabtu lalu di Dataran Merdeka adalah satu manifestasi rakyat yang semakin tidak berpuas hati terhadap corak pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, ia rentetan atas sikap ‘kemunafikan’ kerajaan sendiri yang bukan sahaja tidak mampu mengotakan janji-janji pilihan raya malah tindakan yang […]

» Baca lanjut

Himpunan Serlah Harapan Umat Untuk Penyatuan UMNO-Pas

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Himpunan Ummah 812 di Dataran Merdeka kelmarin merupakan himpunan terbesar, paling aman dan penuh disiplin yang menghadirkan ratusan ribu umat Islam semenjak merdeka, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Jelasnya, kehadiran yang begitu besar umat Islam dilihat bukan sahaja berkenaan dengan bantahan ICERD tetapi merupakan manifestasi kebimbangan rakyat terhadap pelbagai tindak […]

» Baca lanjut

Himpunan Aman Anti-ICERD 812 Pastikan Perlembagaan Persekutuan Terus Terluhur

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad memanjatkan kesyukuran dan menghargai kehadiran orang ramai dalam Himpunan Daulat 812 semalam yang dianggap sebagai pejuang agama dan bangsa. “Syukur diberi kemudahan dalam semua perancangan yang telah diatur. Semoga ICERD tidak diratifikasikan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan terus terluhur. “Tahniah dan terima kasih kepada setiap sokongan dari […]

» Baca lanjut

Tiga Sebab Mengapa Ratusan Ribu Berhimpun Di Jalanan Di Malaysia Semalam

Semalam pada 8 Disember 2018 adalah suatu hari yang bersejarah di Malaysia. Beratus ribu rakyat berhimpun dan berdemonstrasi di jalanan di tengah-tengah Kuala Lumpur sekitar Dataran Merdeka. Perhimpunan ini adalah sepatutnya satu demonstrasi untuk membantah cadangan ratifikasi ICERD oleh Kerajaan. Namun pada minggu lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telahpun menarik balik keputusan untuk meratifikasi ICERD. Oleh itu, mengapakan beratus […]

» Baca lanjut

Bukan Soal Jumlah Kehadiran, Akuilah Rakyat Bangkit Kerana Kegagalan Kerajaan Tunai Janji

KUALA LUMPUR, 9 Dis – “Biarpun terdapat anggaran jumlah kehadiran yang rendah, hakikatnya himpunan ini melebihi jumlah mana-mana perhimpunan terbesar yang pernah diadakan sebelum ini. “Akuilah bahawa rakyat mulai bangkit sebagai manifestasi atas kegagalan menunaikan janji dan pelaksaan dasar baharu pro-rakyat.” Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Twitternya sebagai maklum balas terhadap pelbagai laporan berbeza […]

» Baca lanjut

Himpunan Daulat 812 Manifestasi Jangan Usik Islam, Melayu Dan Bumiputera – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa jangan diusik soal Islam, Melayu dan Bumiputera kerana rakyat akan bangkit mempertahankan hak. Katanya, Himpunan Daulat 812 adalah manifestasi bahawa sekiranya hal-hal tersebut diusik maka rakyat akan bersatu menentangnya. “Inilah manifestasi kalau Islam diusik… kita bangkit mempertahankan bahawa kita bersatu dan kita lihat kesatuan ini […]

» Baca lanjut
1 1,907 1,908 1,909 1,910 1,911 2,021