PRK Semenyih : Jom Ikuti Amanat Tok Mat Hasan Malam Ini, Di FB Live

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Tinggal beberapa jam sahaja lagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan melabuhkan tirainya di mana esok, 2 Mac, Sabtu, 53,520 pengundi biasa berdaftar akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat yang baharu dari parti-parti yang bertanding.

Barisan Nasional (BN) menampilkan calonnya, Zakaria Hanafi, 58, pesara pegawai pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berbekalkan ‘tagline’ ‘Bukti, Bukan Sekadar Janji’.

BN yang dibantu parti PAS hadir dengan pelbagai corak kempen seperti berkempen rumah ke rumah, ceramah berkelompok, menemui hampir kesemua pengundi, tidak melakukan provokasi, tidak menjanjikan bulan bintang serta pemberian hamper selain menolak kempen politik fitnah tidak seperti Pakatan Harapan (PH).

Malam tadi, telah diadakan ceramah perdana yang menampilkan gabungan pimpinan BN dan PAS iaitu Timbalan Pengerusi BN, Datuk Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang dihadiri ribuan penduduk.

Manakala pada jam 9 malam ini pula, Penerangan UMNO Malaysia akan membawakan secara langsung (Facebook Live) wawancara khas bersama Mohamad bagi membicarakan perkara yang berkaitan.

Sehubungan itu, warganet dijemput untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.