BN Bakal Membuat Kejutan Di PRK Semenyih: ILHAM Centre

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bakal berlangsung esok, Sabtu.

Hari ini, kajian PRK Semenyih yang diumumkan oleh ILHAM Centre menyimpulkan bahawa pertembungan memenangi hati pengundi Melayu akan melihat BN bakal membuat kejutan dalam pertembungan kali ini.

Terdahulu hasil kajian PRK P78 Cameron Highlands yang diumumkan oleh ILHAM Centre sehari sebelum pengundian di Cameron Highlands berlangsung terbukti tepat.

Kajian yang dilakukan secara tatap muka membabitkan 378 responden meliputi semua segmentasi kaum, jantina dan umur pengundi serta lokaliti di DUN Semenyih pada 26-28 Februari 2019 ini mendapati:

1. Strategi PH Tidak Efektif: PH terlalu defensif dalam segenap aspek sama ada melibatkan kesepaduan jentera, calon yang ditampilkan malahan isu-isu yang diketengahkan.

2. Calon PH Kurang Wibawa: Tahap penerimaan pengundi terhadap calon berada pada paras 34.4 peratus merupakan aras yang menunjukkan calon ini tidak mampu menyakinkan pengundi yang ditemui dalam kajian ini.

3. Motivasi BN Di Aras Tinggi: BN ternyata lebih berfokus, gerak kerja yang lebih tersusun di samping penguasaan isu media sosial memberi kelebihan kepada BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

4. Pendirian PAS Yang Mengelirukan: Meskipun demikian, menerusi kajian lapangan yang kami lakukan, terdapat kira-kira 84 peratus pengundi PAS dalam PRU-14 bersedia untuk mengundi BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

5. Isu Nasional Lebih Dominan: Sebanyak 61.4 peratus responden menyatakan mereka tidak teruja dengan pengumuman cadangan Kerajaan PH untuk menggantikan tol di empat lebuh raya dengan caj kesesakan serta pemberian tol percuma antara jam 11 malam hingga 5 pagi; 74.6 peratus responden bersetuju bahawa Kerajaan PH gagal menunaikan janji manifesto; dan 58.7 peratus bersetuju bahawa Kerajaan PH gagal membela Melayu-Muslim sejak mengambil alih kerajaan persekutuan.

6. Kesimpulan: Pertembungan Memenangi Hati Melayu: BN bakal membuat kejutan dalam pertembungan kali ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.