Zakaria, Isteri Mengundi Di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi

HULU LANGAT 2 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8.10 pagi tadi.

Beliau tiba bersama isteri, Katijah Beebi Bayi Khan, 50, kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum pusat mengundi tersebut dibuka pukul 8 pagi.

Menurut Zakaria, beliau bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selain lega perjalanan proses perjalanan berjalan lancar setakat ini.

“Saya bersyukur, pengundi di sini juga nampak berkobar-kobar, saya tiba pukul 7.30 pagi tapi mereka sudah ada awal lagi. Tiga orang anak saya juga mengundi di sini.

“Harap pengundi dapat membuat pilihan tepat, saya harap jika menang nanti akan menjadi hadiah hari lahir pada lusa,” katanya.- UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.