PH ‘Besar Kepala’, Pondok Panas Kurang Dari Jarak Dibenarkan

SEMENYIH, 2 Mac – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang bermula hari ini terus menyaksikan sikap Pakatan Harapan (PH) yang melanggar Akta Pilihan Raya.

Tinjauan UMNO-Online dibeberapa kawasan membuang undi, mendapati pihak PH mendirikan pondok panas dalam kawasan kurang daripada 50 meter daripada pusat pengundian, iaitu jarak yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pihak SPR yang ditemui di tempat mengundi Kampung Jai dan Sesapan Batu Minangkabau memaklumkan, mereka telah menegur namun petugas PH tetap berdegil dan tidak mahu menutup pondok panas tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Yazid yang ditemui di Kampung Jai melahirkan rasa kesal dengan sikap ‘besar kepala’ yang ditunjukkan oleh PH.

“Saya harap pihak SPR dapat mengambil tindakan segera. Kita sudah membuat aduan dan saya harapkan SPR dapat bersikap adil,” ujar beliau. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.