Ketidakcekapan MB Jadikan Insiden Sisa Toksik Melarat…

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Khaidirah Abu Zahar melahirkan rasa resah dan bimbang berikutan pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang masih berlarutan lantaran ketidakcekapan daripada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dengan perasan tanpa belas ihsan, menganggap bahawa kemalangan ini bukannya sebuah darurat kerana tidak berlaku kehilangan nyawa. Soal beliau, adakah nyawa rakyat menjadi taruhan sebelum […]

» Read more

Dap Melampau, Menghasut Terang-terangan… Kerajaan PH Dan RoS Harus Ambil Tindakan

KUANTAN, 17 Mac – Dap harus dikenakan tindakan tatatertib oleh Akta Pertubuhan (RoS) dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung kenyataan pemimpinnya yang mengaitkan insiden menimpa umat Islam di Christchurch, New Zealand sebagai bakal terjadi di Malaysia jika UMNO dan PAS bergabung. Pengarah Strategik, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Mohd Afif Mohd Anuar berkata Dap seakan-akan menggelar umat Islam di Malaysia […]

» Read more

Serangan Di Christchurch Tidak Bertamadun, Jangan Ada Kenyataan Tak Bertanggungjawab – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap serangan ke atas dua masjid di New Zealand adalah sesuatu yang kejam dan tidak bertamadun. Katanya, ia adalah serangan teroris yang perlu dikutuk serta dikecam dengan sekeras-kerasnya oleh seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama dan kaum. “Takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat. Dalam masa yang sama […]

» Read more

Wakil Rakyat PH Tidak Boleh Ditegur, Dihalang

KUALA LUMPUR 16 Mac – Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mungkin tidak boleh ditegur dan dihalang jika jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang. Kemungkinan itu berpotensi berlaku kerana tindakan semak dan imbang yang berkesan tidak dapat dilakukan bagi mengekang ketirisan dan salah guna kuasa. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan […]

» Read more

Pasir Gudang Dilanda Musibah, MB Pula Pergi Batam…

LEDANG, 16 Mac – Di kala penduduk Pasir Gudang dilanda musibah akibat pencemaran bahan kimia dan memerlukan parhatian khusus, Menteri Besar (MB)Johor, Datuk Osman Sapian pula seakan tidak ambil serius dengan apa yang terjadi. Ketua Pemuda UMNO Ledang, Arifudin Wagiman mengecam MB yang masih mampu mengikuti rombongan ke Batam sedangkan apa yang terjadi di Pasir Gudang memerlukan perhatian khusus dan […]

» Read more

Kenyataan Adun Mengkibol Tunjuk Sikap Rasis Dap, Pemikiran Ekstrim Dan Jumud

JOHOR BAHRU, 16 Mac – Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday membidas sekeras-kerasnya kenyataan Adun Mengkibol, YB Chew Chong Sin yang mengaitkan kes pembunuhan di dua buah mesjid, di Christchurch, New Zealand dengan kerjasama antara UMNO dan PAS di Malaysia. Semalam Chew dalam kenyataan yang disiarkan Malaysiakin berpendapat seolah-olah kerjasama UMNO dan PAS akan menjurus kepada naratif perkauman […]

» Read more

Kaitkan Insiden Christchurch Dengan UMNO-PAS, Pemimpin Dap Makin Melampau dan Kurang Ajar

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan pimpinan Dap makin kurang ajar dan melampau apabila mengaitkan insiden Christchurch dengan UMNO-PAS. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata selepas Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming membuat kenyataan rasis dan cauvinis, kali ini giliran YB Chew Chong Sin pula mengeluarkan kenyataan biadab dengan mengaitkan insiden pembunuhan beramai-ramai umat Islam […]

» Read more

PH Mungkir Janji Manifesto Lagi, Jawatan Pengerusi PAC Milik Pembangkang

JOHOR BAHRU, 16 Mac – UMNO menggesa dan menegaskan agar jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dikembalikan kepada wakil Pembangkang seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan. Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin berkata salah satu janji tegas PH dalam manifesto PRU14 mereka adalah memberikan jawatan atau tanggungjawab sebagai Pengerusi PAC kepada […]

» Read more

Adun Dap Dibidas, Kenapa Kaitkan Penyatuan UMNO-PAS Dengan Keganasan Di New Zealand

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaajkob membidas ADUN Dap Mengkibol YB Chew Chong Sin yang mengaitkan penyatuan Ummah UMNO-PAS dengan insiden tembakan rambang yang berlaku di dua masjid di Christchurch New Zealand semalam. “Saya amat kesal dalam insiden sebegini ada pihak yang melihat dari sudut yang salah. Apa […]

» Read more

Wanita UMNO Kutuk Serangan Keganasan, Tindakan Tidak Berperikemanusiaan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Wanita UMNO Malaysia hari ini mengutuk serangan keganasan ke atas jemaah Masjid Alnoor dan Masjid Linwood, di Christchurch, New Zealand yang dilaporkan telah mengakibatkan 40 orang terbunuh manakala 20 orang lagi cedera. Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata Wanita UMNO sangat berdukacita dengan insiden itu, apatah lagi dua daripada mangsa yang cedera adalah merupakan rakyat […]

» Read more
1 1,894 1,895 1,896 1,897 1,898 2,075