Najib Dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah dilantik sebulat suara oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat parti terbabit. Kenyataan akhbar mengenai perlantikan tersebut ditandatangani Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut kenyataan itu, perlantikan sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat pada malam ini […]

» Read more

Terima Kasih Tun, Akui Bersatu Tidak Boleh Jadi Wadah Penyatuan Melayu

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melihat kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penubuhan parti baru bukan jawapan kepada masalah yang dihadapi orang Melayu amat dialu-alukan dan wajar di sokong. Katanya, pandangan Tun bahawa UMNO, PAS, Bersatu dan Amanah sudah memadai memperjuangkan nasib orang Melayu, dan orang Melayu boleh menyertai mana-mana parti, […]

» Read more

PH Buat Hutang, Tekan Rakyat Bayar Tol Selama-lamanya…

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terus menekan rakyat dengan memperkenalkan caj kesesakan kononnya bagi menghapuskan tol. Tegas Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, cara kerajaan PH mengambil alih empat lebuh raya sama seperti mendahulukan duit (advance) kepada syarikat konsesi. “Ia dibuat menerusi terbitan bon dan ia sebenarnya […]

» Read more

Bukan Hanya Soal Umur… Anak Muda Mahu Kerajaan PH Beri Tumpuan, Tunai Janji-janji

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah percaya anak-anak muda hari ini melihat dengan dekat sejauh mana kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap golongan terbabit terutama yang melibatkan janji sebelum ini. Menurut beliau seharusnya kerajaan hari ini mengambil pendekatan dan langkah yang terbaik dalam usaha menyelesaikan segala permasalahan yang membelenggu anak muda dan bukannya […]

» Read more

Pemimpin PH Jangan Jawab Ikut Logik Akal Di Parlimen – Annuar

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meinta para pemimpin Pakatan Harapan khususnya menteri dan timbalan menteri agar jangan menjawab ikut logik akal dalam persidangan di Parlimen. Beliau mendakwa Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila mendakwa Putrajaya masih komited dalam meneruskan kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. “Saya harap […]

» Read more

Janji, Kaji, Tunggu Sedikit Masa Lagi… Lepas Itu Kata Tak Jadi, Itulah PH

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menangguh sekali lagi pemberian elaun kepada anggota Bomba dan Penyelamat negara ini. Katanya dalam lontaran di Facebook, PH hanya tahu membuat janji, mengkaji dan akhirnya tidak dilaksanakan. “Lepas menang, PH janji pada bulan Jun 2018 lalu bahawa elaun akan terus […]

» Read more

Rakyat Perlu Didedahkan Kebenaran Dan Ketelusan Dari Kerajaan – Lokman

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Pengerusi Sekteriat Suara Rakyat Malaysia, Datuk Lokman Nor Adam berkata rakyat perlu didedahkan dengan kebenaran dan ketelusan berhubung siasatan mengenai video seks luar tabi’e yang dikaitkan dengan seorang menteri. Serentak itu, beliau mengumumkan pihaknya akan menggunakan kepakaran daripada agensi pakar video forensik Indonesia yang mana agensi tersebut kerap digunakan oleh kerajaan dalam kes-kes melibatkan ketulenan […]

» Read more

Peneroka ‘Angkat Kaki’ Sebab Muak Sikap Berpolitik Pemimpin PH – Ahmad

  KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mencantum tanah-tanah peneroka Felda menjadi ladang besar adalah satu cadangan yang tidak praktikal. Jelas beliau, dek kerana bosan dengan segala janji dan cadangan yang tidak menguntungkan maka peneroka Felda akhirnya ‘angkat’ kaki daripada mendengar ucapan Perdana Penteri Tun Dr. Mahathir […]

» Read more

Turunkan Had Umur Belia: Kerajaan PH Perlu Lihat Secara Menyeluruh, Bukan Tergesa-Gesa – Shahar

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berpandangan penurunan had umur belia tidak seharusnya dilakukan secara tergesa-gesa kepada 30 tahun sebaliknya perlulah dilaksanakan secara berperingkat terlebih dahulu. Berkongsi pandangannya menerusi Program Diskusi Dari Parlimen anjuran Penerangan UMNO Malaysia, yang disiarkan menerusi facebook UMNO-Online di sini malam tadi, Shahar berkata ramai-rakan pimpinan belia di luar sana […]

» Read more

Dap Tak Peduli Siapa PM… Yang Penting Jawatan AG, MoF Milik Mereka

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan Penasihat Dap, Lim Kit Siang tidak peduli siapa yang menjawat jawatan Perdana Menteri (PM). Bagi Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dakwa Puad adalah jawatan Menteri Kewangan dan juga Peguam Negara mestilah ditentukan oleh Dap. “Itu dua jawatan paling berpengaruh. Peguam Negara akan menentukan kertas siasatan […]

» Read more
1 1,783 1,784 1,785 1,786 1,787 2,041