Pemimpin PH Jangan Jawab Ikut Logik Akal Di Parlimen – Annuar

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meinta para pemimpin Pakatan Harapan khususnya menteri dan timbalan menteri agar jangan menjawab ikut logik akal dalam persidangan di Parlimen.

Beliau mendakwa Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila mendakwa Putrajaya masih komited dalam meneruskan kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

“Saya harap perkara begini jangan terus dilakukan oleh menteri, menjawab kepada Perlimen berdasarkan kepada logik akal sendiri apabila menyentuh perkara-perkara dasar lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan undang-undang.”

Katanya, semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 2 Julai, timbalan menteri itu berkata kerajaan akan merayu penghakiman mengenai kes Pulau Batu Puteh.

“Tetapi dia menafikan membuat kenyataan itu pada hari berikutnya,” katanya kepada media di lobi Parlimen.

Annuar berkata anggota parlimen pembangkang akan menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof untuk memerintahkan agar kenyataan Marzuki dalam hansard dipadamkan.

Jika Dewan Rakyat enggan berbuat demikian, beliau berkata pembangkang akan mengemukakan usul agar Marzuki dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Jawapan itu pertamanya salah dari segi fakta kedua bercanggah dengan keputusan ICJ dan ketiga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan keempat melanggari peraturan Dewan kerana telah mengelirukan Dewan.

“Sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, kita pun tak mahu terlalu membebankan Timbalan Menteri kerana kita pun bersimpati dia orang baru,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.