SST…Baru Empat Bulan Rakyat Sudah terkesan, Bukti PH Tak Hirau Ekonomi Negara – Shahar

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berpandangan apa jua dasar yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini memperlihatkan mereka tidak mengambil kira keadaan sebenar yang berlaku dalam ekonomi negara. “Sebelum ini mereka menyatakan di Dewan Rakyat bahawa dengan terlaksana SST akan mengurangkan beban rakyat sedangkan rakyat sebaliknya makin terkesan dengan keadaan ekonomi […]

» Read more

Najib Dedah Dokumen Dana Dari Arab Saudi, Bukti Isu RM2.6 Bilion Hanya Fitnah Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan terus mendedahkan dokumen-dokumen berhubung tentang dana derma yang beliau perolehi, termasuk dana RM2.6 bilion yang dijadikan sebagai modal fitnah Pakatan Harapan, kononnya dana itu dicuri daripada syarikat 1MDB. Menurut beliau, sememangnya Raja Abdullah meminta beliau untuk tidak memberitahu umum tentang dana derma tersebut, namun […]

» Read more

Jangan Skeptikal Bila Ada Bekas Ahli Mahu Kembali Bersama UMNO – Lokman

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, orang UMNO jangan bersikap skeptikal dan tidak perlu berasa marah apabila ada bekas ahli UMNO mahu kembali ke pangkuan parti ini. Ini kerana jelas beliau, mereka yang keluar parti dulu adalah kerana tidak bersetuju dengan Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri ke empat. […]

» Read more

“Saya Kembali UMNO Kerana Hanya UMNO Yang Mampu Lindungi Bangsa Melayu” – Zamil

KUALA LUMPUR, 11 Sept – “Saya kembali kepada UMNO kerana saya sedar hanya UMNO yang mampu lindungi bangsa Melayu tanpa mengenepikan bangsa-bangsa lain,” ujar bekas pemimpin PKR Pusat, Zamil Ibrahim. Beliau hari ini menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam di Ibu Pejabat UMNO Malaysia setelah 20 tahun keluar daripada parti UMNO. “Dulu saya […]

» Read more

Langgar Janji Perlihatkan Menteri Pendidikan Tidak Punyai Berprinsip

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah meminta Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik agar tidak memperbodohkan rakyat dengan alasan tidak ‘mahu derhaka’ berhubung isu pelantikannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru-baru ini. Menurut beliau, pelantikan itu akan dicadangkan oleh kerajaan dan beliau boleh saja menolak tawaran tersebut sebelum dipersetujui diperingkat tertinggi. “Kemudian […]

» Read more

PRK Seri Setia : Hijrah Demi Kesatuan Dan Kemenangan

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kerjasama erat antara UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia tentunya memberikan satu sinar baru buat rakyat dalam mewujudkan imbang tara dalam pentadbiran kerajaan baru, kata Datuk Rosni Sohar, Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor Katanya, Semangat yang sama didakap oleh dua parti terbesar di Malaysia, UMNO […]

» Read more

Jentera Penerangan UMNO Mesti Proaktif Sampaikan Maklumat Kepada Rakyat

KOTA KINABALU, 10 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah meminta semua jentera penerangan UMNO empat peringkat di bahagian dan akar umbi mesti digerakkan dan proaktif yang usaha untuk menyebarkan maklumat dan informasi terkini dengan lebih efektif. Menurut beliau, dalam usaha untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat, gerakan di organisasi penerangan empat peringkat di bahagian […]

» Read more

Tahap Peduli Politik Orang Melayu Semakin Tinggi – Annuar

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan pilihanraya kecil DUN Seri Setia memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal menghadapi masalah sokongan daripada pengundi kaum Cina yang dilihat tidak kisah untuk mempertahankan kerajaan PH walaupun penasihat Dap, Lim Kit Siang membuat seruan khas kepada golongan itu untuk keluar mengundi. Sementara itu menurut beliau, […]

» Read more

Tiga Bulan Tiada Pendakwaan, Aset Perlu Dipulangkan Kepada UMNO – Najib

KUALA LUMPUR 9 Sept.- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan aset yang disita oleh pihak polis masih belum dipulangkan kepada UMNO. Najib berkata, mengikut undang-undang, aset yang dirampas perlu dikembalikan selepas tiada dakwaan dibuat dalam tempoh tiga bulan. “Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan […]

» Read more

Melayu Gagal atau Mahathir Gagal? 

Tun Mahathir menggariskan mengapa orang Melayu gagal. Mahathir apabila terdesak sentiasa menunding jari kepada sikap negatif orang Melayu bagi menyelamatkan pentadbirannya yang gagal. Anda hanya perlu melihat ucapan-ucapan lampau beliau apabila negara berhadapan masalah ekonomi.  Hari ini kerana beliau adalah pemimpin kerajaan boneka DAP, maka beliau akan membuat banyak polisi yang tidak  menggembirakan masyarakat Bumiputera pada masa hadapan.  Untuk itu […]

» Read more
1 1,687 1,688 1,689 1,690 1,691 1,752