Dasar Kesihatan Kerajaan PH Masih Dinanti, Ura-ura Perlu Kad Insurans Menggusarkan

SHAH ALAM, 9 Okt – Sehingga hari ini, rakyat masih masih ternanti-nanti dasar Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang pasti berhubung kesihatan selain kad ‘Peduli Sihat’ yang terhad hanya kepada golongan tertentu di negeri Selangor, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari. Ujarnya, ura-ura yang mengatakan Kerajaan PH akan mewujudkan insurans untuk dikenakan kepada rakyat bagi rawatan penyakit juga […]

» Read more

“Agensi Penarafan Dan Bank Dunia Sahkan Hutang Negara Bukan RM1 Trilion!” – Najib

Hari ini, saya sempat baca laporan terkini dari ketiga-tiga agensi penarafan antarabangsa iaitu Moody’s, Standard & Poors dan Fitch Ratings. Tiada satu pun dari ketiga-tiga agensi penarafan itu menyebut hutang negara Malaysia sebagai RM1 trilion. Laporan Bank Negara Malaysia terkini juga menyatakan bahawa hutang kita pada akhir bulan Jun 2018 ialah RM725 bilion iaitu kenaikkan dari RM686 bilion pada akhir […]

» Read more

Ahli UMNO Diingatkan Untuk Terus Istiqamah Lawan Kezaliman dan Penindasan

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan anggota parti agar terus istiqamah menentang kezaliman dan penindasan lantaran pelbagai tekanan dikenakan kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO sekarang ini. Tegasnya, jangan dijual atau gadai perjuangan dengan harga yang murah, apa lagi untuk undur atau menyerah kalah. “Kiranya seorang dari kami di saf depan tumbang atau di […]

» Read more

Kerajaan PH Patut Malu, Gagal Bawa Balik Pelaburan Cuba Pula Sembunyi Kejayaan Kerajaan Lalu

BATU PAHAT, 8 Okt – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad patut merasa malu kerana balik dengan tangan kosong setelah melawat beberapa negara seperti Jepun, China, Turki , United Kingdom dan Amerika Syarikat sementara berita kejayaan Petronas di Kanada pula sengaja disembunyikan. Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi yang membidas kerajaan […]

» Read more

Siasatan Khas Kes Pembunuhan : Kenapa Kit Siang Jadi Pening, Berdolak Dalih?

KUALA LUMPUR, 8 Okt – “Saya tidak faham dengan Lim Kit Siang ini”, demikian luahan Datuk Seri Najib dalam hantaran di facebook milik beliau. “Bila saya tak setuju dengan beliau, dia marah. Bila saya bersetuju dengannya, pun dia marah. “Kit Siang baru sahaja keluarkan kenyataan bahawa dia terkejut kerana saya bersetuju dengannya meminta kerajaan memulakan siasatan khas terhadap kesemua kes […]

» Read more

Ahli UMNO Harus Bangkit Hentikan Penganiayaan Dan Cubaan Haramkan Parti Mulai Minggu Ini

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Ahli-ahli UMNO digesa untuk menjaga maruah parti yang bermakna maruah semua lantaran hari ini ahli-ahlinya akan diuji dengan tekanan dan penganiayaan level kedua oleh regim zalim Mahathir dan Dap, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam. Katanya, Tun Mahathir hanya punyai tujuh hari sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen […]

» Read more

Pemuda UMNO Gerak Misi Bantuan Perubatan Ke Kota Palu Sulawesi, Sumbangan Dialu-Alukan

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pemuda UMNO Malaysia menerusi Sekretariat Profesional Muda akan menggerakkan Misi Bantuan Perubatan Dan Kemanusiaan ke Kota Palu Sulawesi pada 10 hingga 16 Oktober depan. Pengerusi Sekretariat Profesional Mudanya, Datuk Dr Najmil Faiz berkata untuk itu sumbangan daripada mana-mana pihak termasuklah kalangan ahli parti amatlah dialu-alukan dalam usaha menjayakan misi kemanusiaan tersebut. “Misi ini yang akan […]

» Read more

Pemuda UMNO Nibong Tebal Kecewa Dengan Kenyataan Dr Mujahid

NIBONG TEBAL, 7 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal menyarankan agar Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mujahid Yusof Rawa agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang mampu memburukkan imej agama Islam sekaligus mengelirukan. Jelas ketuanya Mohd Norhiesam Ismail, seharusnya sebagai seorang menteri Agama, Mujahid perlu merujuk kepada ahli agama yang sepatutnya seperti mufti dan tokoh hukama’ serta fuqaha’ yang ada di negara […]

» Read more

Bawa Keluar 30 MP UMNO, Hishammuddin Sifatkan Dakwaan Merepek

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan desas-desus yang berlegar di media sosial kononnya beliau akan membawa sejumlah Ahli Parlimen keluar daripada UMNO dan menjadi Bebas.   Menerusi ‘whatsapp’ kepada UMNO-Online, beliau bukan sahaja menyifatkannya sebagai merepek malah tidak benar sama sekali dan beliau turut memberikan pesanan kepada ahli parti agar jangan menari mengikut […]

» Read more

Seluruh Kepimpinan UMNO Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan parti merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga tokoh agama Tan Sri Hassan Azhari, 90, yang meninggal dunia akibat kanser limfoma 5 petang di Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham adalah orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957. Allahyarham juga adalah pendidik […]

» Read more
1 1,673 1,674 1,675 1,676 1,677 1,753