Dah Masuk Zaman Kereta Terbang Tapi Pencemaran Air Di Selangor Berlarutan


KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail kenapa pihak kerajaan negeri tidak memberi keutamaan kepada isu air sedangkan negara sudah hendak masuk zaman kereta terbang.

Katanya, beliau mengambil prihatin kepada seluruh 336,930 akaun pengguna yang masalah mengalami masalah air di Negeri Selangor.

“Perkara ini bukan sekali dua yang terpaksa rakyat hadapi dalam setiap tahun, malah rakyat sudah jemu dengan masalah ini yang kerap kali berlaku.

“Sudah masuk tiga hari bekalan terputus, pencemaran bau masih tidak dapat dikurangkan malah lebih teruk. Terkini saya mendapat maklumat kadar pencemaran masih berada di tahap 1 ton malah adakalanya naik ke 2 ton yang mana ianya masih tidak baik dan air masih berbau. Hal ini menyebabkan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Soal beliau lagi, adakah ini balasan kepada rakyat selepas kuasa rakyat memberi Pakatan Harapan (PH) untuk memegang tampuk kuasa baik di selangor dan persekutuan?

“Kita sudah hendak masuk ke zaman kereta terbang tahun hadapan, tahun 2020 yang dinanti-nantikan oleh rakyat malaysia, kenapa pihak kerajaan negeri tidak memberi keutamaan kepada isu air ini?

“Saya mohon dengan segala kemudahan dan kepakaran yang dimiliki oleh air Selangor hari ini dapat disegerakan pembersihan di kawasan yang mengalami masalah tersebut sekaligus memastikan pencemaran air tidak tercemar dan mampu disalurkan kembali kepada pengguna dalam kadar segera.”

Ujarnya, inilah hasrat utama rakyat selangor terutamanya di kawasan yang selalu mengalami masalah bekalan air terputus supaya penambahbaikan dan infrastruktur ditambah lebih baik lagi berbanding sebelum ini.

Dilaporkan, Sabtu lalu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji ini. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.