UMNO Sabah Susun Strategi, Pastikan Rakyat Tidak Ketinggalan – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan bahawa UMNO negeri itu akan menyusun beberapa strategi dan pendapat baru bagi memastikan rakyat Sabah tidak ketinggalan dalam bidang pembangunan, ekonomi dan politik ekoran pemkembangan baru kerajaan Persekutuan. Terangnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lemah dan tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat telah ditumbangkan oleh […]

» Read more

Tindakan Perundangan Tak Akan Dicemari Politik, Buka Semula Kes Pendakwaan Yang Dihentikan – Dr Akmal

  JASIN, 2 Mac – UMNO tidak akan sesekali membiarkan mana-mana kes pendakwaan yang sedang berjalan dan melibatkan mana-mana ahli politik diberhentikan sebegitu sahaja sebagaimana yang pernah berlaku dalam kerajaan terdahulu. Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka Dr Akmal Salleh berkata, tindakan perundangan tidak akan sesekali dicemari dengan keputusan politik walaupun pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. “Biarlah pendakwaan itu […]

» Read more

Tun M, Cukuplah… Penolakan Kerana Rencana Tun Sendiri, ‘Perangkap Makan Tuan’

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkhianatinya dan parti hanya kerana Tun Mahathir beranggapan bahawa jawatan Perdana Menteri adalah untuk beliau selamanya sahaja. Katanya, telah sampai waktunya Tun Mahathir mengakui bahawa penolakan terhadap dirinya adalah kerana rencana Tun […]

» Read more

“Tangguh Hari Ini Sahaja…” Zahid Beri Jaminan Kes Tidak Akan Digugurkan

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sesi perbicaraan yang melibatkan dirinya hanya ditangguhkan pada hari ini sahaja dan akan bersambung seperti biasa esok, Selasa. Demikian kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam satu kenyataan media, hari ini di sini. Dilaporkan, Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan kes perbicaraan Ahmad Zahid yang didakwa melakukan […]

» Read more

Hentikanlah Polemik Pelantikan PM, Cukup-cukuplah Berpolitik – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyeru semua pihak untuk menghentikan polemik pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana rakyat sudah semakin jemu dan muak dengan permainan politik yang dumulakan oleh Pakatan Harapan (PH). Katanya, Hormatilah kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam membuat […]

» Read more

Perhimpunan Haram Dan Hasutan Sudah Jadi Budaya PH, Tak Dapat Dipisahkan

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Rata-rata pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan juga penyokong tegar mereka tidak mempedulikan amaran pihak polis yang melarang individu atau pihak yang berhasrat menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris menganggap tindakan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang ini sememangnya […]

» Read more

YDPA Menyelamatkan Keadaan, Tun Dr Mahathir Buat Masalah Lagi

Pada 28 02 2020, lebih kurang jam 11.00 pagi, saya menyiapkan rencana saya bertajuk “Melayu Tertipu Lagi” dengan membuat beberapa kesimpulan, antaranya: 1. Orang yang menggagalkan penubuhan kerajaan PN adalah Tun Dr. Mahathir. 2. Dalam peristiwa ini, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar sama-sama tidak boleh dipercayai. Diharapkan peristiwa ini akan menyingkirkan kedua-dua mereka daripada arena politik negara…. 3. UMNO, […]

» Read more

Hormati Peraturan Perundangan, Jangan Campur Aduk Dengan Politik – Annuar

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka. Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur-adukkannya dengan kepentingan […]

» Read more

BN Akan Membantu Dan Menyokong Dasar Baru Yang Bakal Diperkenalkan PM-8 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR,1 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan memberi komitmen bagi membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugas baharunya sebagai perdana menteri. Jelas beliau, Bn juga akan menyokong dasar baharu yang bakal diperkenalkan Ahli Parlimen Pagoh itu demi kepentingan rakyat Malaysia. “Episod dan babak awan hitam telah pun berlalu dan […]

» Read more

Tipu SD: Pemimpin UMNO Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Satu laporan polis bersama telah dibuat oleh beberapa pemimpin UMNO berhubung dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya telah mendapat akuan berkanun (SD) yang menyokong dirinya menjadi Perdana Menteri ke-8. Ujar Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, beliau bersama-sama Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo dan Ketua UMNO Pandan Jamauludin Ropa […]

» Read more
1 1,632 1,633 1,634 1,635 1,636 2,085