Kerajaan Perlu Campurtangan Masalah Antara Pemilik Dan Penyewa – Asyraf

KUALA LUMPUR, 20 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyeru agar para pemilik rumah dapat menggunakan budi bicara dan menzahirkan sifat keihsanan kepada para penyewa dengan mengurang ataupun menangguhkan sewaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kepayahan semua dalam menghadapi COVID-19 ketika ini. Ketua pergerakan tersebut Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara ini juga memerlukan campurtangan segera Kerajaan […]

» Read more

Desak Sidang Parlimen, Pemimpin PH Meroyan Lagi – Fairuz

KUALA LUMPUR, 20 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin berkata pasca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyaksikan watak kedua parti ini begitu kontradik, tidak sebagaimana watak mereka sewaktu menjadi kerajaan selama 22 bulan. Katanya, percanggahannya begitu ketara apabila meminta sidang Parlimen diadakan sedangkan pemimpin negara  kini sedang berusaha  melawan penularan COVID-19 yang semakin merebak. “Tolong bertindak rasional! […]

» Read more

Armada Perlu Hormati Permuafakatan Parti Dalam Kerajaan

REMBAU, 20 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir membidas kenyataan Exco Armada Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang secara biadap mengeluarkan kenyataan seolah-olah mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai mencampuri urusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara berlebihan. Jelas beliau, tuduhan tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau tidak menghormati […]

» Read more

Pemuda UMNO Johor Sambut Baik Inisiatif Terbaru Kerajaan Negeri

KUALA LUMPUR, 20 April – Pemuda UMNO Johor menyambut baik inisiatif terbaru Kerajaan negeri itu yang akan memberikan bantuan tunai antara RM250 dan RM500 kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam berhadapan kesan pandemik COVID-19. Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah berkata inisiatif tersebut disifatkan sebagai murni serta terpuji dan ini […]

» Read more

Kesan Pandemik COVID-19 : Anak Muda Turut Dapat Perhatian Dan Bantuan – Fadzli

KUALA LUMPUR, 20 April – Anak muda dan belia di beberapa buah kampung sekitar Raub yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan terkesan dengan wabak COVID-19 yang melanda negara mendapat perhatian Pemuda UMNO bahagian berkenaan. Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohamad Kamal berkata menerusi bantuan tersebut, seramai 250 orang anak muda daripada 40 buah kampung menerima bantuan keperluan asas makanan dan […]

» Read more

Perkasakan Sekuriti Makanan Kesan Daripada Pandemik COVID -19 – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan perlu memberikan perhatian serius bagi memperkasakan sekuriti makanan negara kesan daripada pandemik COVID-19. Menurut beliau walaupun kedudukan Malaysia dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (Global Food Security Index) telah meningkat kepada tangga ke-28 pada tahun 2019, berbanding tangga ke-48 pada tahun 2018, namun ketika negara dan […]

» Read more

Kuarantin Wajib Berjaya Kekang Peningkatan Kes Positif COVID-19 – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 April – Langkah kerajaan mengenakan kuarantin wajib kepada rakyat Malaysia yang pulang dan individu yang masuk ke negara ini mulai 3 April lepas berjaya mengekang peningkatan kes pandemik COVID-19 di negara ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini terbukti apabila laporan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat 17 kes positif daripada jumlah mereka yang […]

» Read more

Wakil Rakyat Bertugas Tertakluk SOP PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 April – Wakil rakyat tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika menjalankan tugas di kawasan masing-masing ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata wakil rakyat tidak boleh mengadakan perjumpaan atau program serta jamuan melibatkan kelompok yang ramai. “Wakil rakyat, tugas mereka adalah menjaga […]

» Read more

Tuduhan Presiden UMNO Campur Tangan Berlebihan Sekadar Provokasi Murahan – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 19 April – Exco Puteri UMNO, Dr Masliha Harun menempelak kenyataan Exco Armada yang kononnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap banyak berhubung cadangannya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai suara UMNO Sabah. Tegas beliau Exco berkenaan janganlah hanya bersuara pada kes-kes terpilih dan kenyataan Exco Armada ini yang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid […]

» Read more

Tindakan Zahid Saluran Betul, Tidak Timbul Campurtangan Berlebihan – Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 19 April – Permintaan seperti itu adalah perkara biasa melibatkan parti-parti yang bekerjasama untuk terus berhubung dan berkomunikasi agar dapat sama-sama mentadbir negara ini secara adil, saksama dan lurus seperti pedang. Malah ianya dilakukan melalui saluran yang betul dan terhormat agar pemimpin nombor satu negara itu dapat memberikan pertimbangan sewajarnya tanpa paksaan dan tekanan. Perkara itu ditegaskan oleh […]

» Read more
1 1,604 1,605 1,606 1,607 1,608 2,096