Kerajaan Perlu Kaji Projek HSR Dengan Teliti – Najib

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kerajaan Pakatan Harapan menjalankan kajian dan memberi penerangan komprehensif kepada rakyat berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Beliau berkata Barisan Nasional telah membuat kajian bertahun-tahun dan mendapati kadar Keluaran Dalam Negara Kasar projek HSR adalah RM209 bilion berbanding kosnya RM70 bilion. Katanya sumber […]

» Read more

Perang Mulut Harus Dihentikan, Tak Perlu Tuding Jari Dalam BN – Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Jun – ‘Perang mulut’ antara Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong harus dihentikan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, kedua-duanya melontarkan pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi UMNO atau MCA. “Kedua-dua parti dalam komponen BN masih memerlukan jalinan dalam wadah yang […]

» Read more

Seri Paduka Baginda Dimohon Agar Tolak Cadangan Lantik Peguam Negara Bukan Beragama Islam

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pengerusi Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam memohon agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk bangkit menentang sebarang usaha untuk meletak Peguam bukan beragama Islam sebagai Peguam Negara. Jelas beliau, peguam Negara sewajarnya dipilih dikalangan pengamal perundangan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan sekaligus merupakan seorang yang […]

» Read more

Liabiliti Luar Jangka Tidak Termasuk Dalam Hutang Negara

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan hutang negara mencecah 1 trillion baru-baru ini adalah disebabkan kerajaan mencampurkan hutang kerajaan Malaysia sebanyak RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka sebanyak RM238 bilion. Menurutnya, tiada kerajaan di dunia memasukkan komitmen pajakan dalam laporan hutang negara mereka. “Kerajaan-kerajaan lain di dunia juga menggunakan SDDS […]

» Read more

Angka Hutang Negara, Kos Projek HSR Tidak Tepat – Najib

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan angka yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkaitan dengan hutang negara dan kos projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Singapura-Kuala Lumpur (HSR) , dengan mendakwa angka itu tidak tepat. Najib dalam catatan di laman Facebooknya berkata, beliau melihat langkah Lim itu sebagai satu permainan politik dengan […]

» Read more

UMNO Tidak Memijak Kawan Apabila Terjatuh, Annuar Bidas MCA

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa membidas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang dilaporkan berkata era MCA menanggung kesalahan UMNO sudah tamat. Tegas beliau, sebenarnya era UMNO menanggung dan mengendong MCA yang sudah lama lumpuh juga sudah lama tamat. “Apakah MCA lupa sejak PRU-13, MCA telah di serang ‘angin ahmar’ dan […]

» Read more

Seluruh Kepimpinan UMNO Ucap Takziah

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Seluruh kepimpinan UMNO menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli telah memaklumkan Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada hari jumaat jam 7.55 malam, di Hospital King Edward VII. Jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, […]

» Read more

UMNO Johor Desak Kerajaan Negeri Nyatakan Pendirian Berhubung Isu Pulau Batu Putih

JOHOR BAHRU, 2 Jun – Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Khalid Nordin menggesa kerajaan negeri Johor agar menyatakan pendiriannnya berhubung isu Pulau Batu Putih di mana kerajaan persekutuan telah mengumumkan tidak akan meneruskan usaha dan prosiding rayuan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) daripada Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Menurut beliau, kerajaan negeri tidak boleh sekadar bersikap acuh […]

» Read more

Jangan Jadikan Alasan ‘Hutang Negara’ Sebagai Sebab Tidak Berikan Bonus Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 2 Jun – UMNO meminta Kerajaan Pakatan Harapan agar tidak menggunakan alasan “hutang negara” yang yang kononnya sudah mencecah angkanya RM 1 trilion sebagai sebab utama untuk tidak membayar bonus Aidilfitri kepada para peneroka FELDA dan peserta FELCRA yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Menurut Unit Komunikasi Stategik Ibu Pejabat UMNO, kerajaan sebelum ini mengagihkan dividen berjumlah […]

» Read more

Batal HSR : Jelaskan Kepada Rakyat Johor

JOHOR BAHRU,1 Jun – UMNO Johor berpandangan rakyat negeri itu harus diberi penjelasan tentang keputusan kerajaan pusat membatalkan projek pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Khaled Nordin berkata pandangan tersebut bersandarkan beberapa sebab, pertamanya kerana HSR adalah projek prasarana yang dicadangkan demi mencungkil potensi sebenar daerah selatan Malaysia. “Ia (HSR) bukan […]

» Read more
1 1,598 1,599 1,600 1,601 1,602 1,610