PH Gagal Urus Keperluan Asas, Terbukti Hanya BN Mampu Jaga Rakyat – Zaidi Attan

JASIN, 27 Okt – Pakatan Harapan (PH) ternyata gagal mentadbir Melaka dengan sebaiknya apabila keperluan asas seperti bekalan air mengalami gangguan sejak mula mengambil alih negeri ini, kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam, Datuk Zaidi Attan.

Katanya, PH tidak mempunyai kredibiliti dalam urus tadbir negeri sehingga membebankan rakyat yang terpaksa berhadapan bekalan air yang terputus.

“Sewaktu kerajaan PH kita mengalami masalah catuan air di seluruh negeri disebabkan pengurusan yang tidak bersistematik tanpa mengikut kaedah-kaedah yang ditinggalkan oleh kerajaan BN.

“Apabila keadaan ini berlaku menyebabkan pengurusan untuk mendapatkan bekalan air mentah tidak diuruskan dengan betul akhirnya gagal memenuhkan kawasan tadahan air di empangan Durian Tunggal dan Jus yang merupakan sumber air mentah.

“Perkara ini berlaku kerana pengurusan mendapatkan bekalan air mentah daripada Gersik ada kapasiti pam enam unit pada zaman PH tapi setelah BN ambil alih semula kami dapati lima daripada itu tidak berfungsi jadi jumlah kapasiti air yang sepatutnya dipam daripada Gersik ke empangan Durian Tunggal tidak dapat dimaksimakan sewaktu musim kemarau,” katanya yang pernah memegang portfolio Timbalan EXCO Kerja Raya dan Kemudahan Awam yang turut bertanggungjawab menguruskan bekalan air di negeri berkenaan.

Katanya, PH malah tidak melaksanakan perancangan sebaiknya apabila tidak mengisi empangan pada musim tengkujuh sebaliknya dilakukan pada musim kemarau.

“Jadi tidak ada la hujan yang akan turun inilah antara perkara-perkara yang menyebabkan kerajaan PH tidak berhasil urus sumber air mentah yang mengakibatkan terpaksa melakukan catuan.

“Bila dilakukan ia mengakibatkan dua kerugian yang besar terjadi kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), kerosakan kepada paip line sama ada bersaiz besar atau kecil.

“Ketika mana air itu disalurkan dia bagus, bila kita hentikan akan berlaku kekosongan air dalam paip atau pun ada gelebong udara dalam paip,” tegas beliau.

Beliau yang kini Timbalan Pengerusi SAMB berkata catuan berkala yang dilakukan mereka juga mendatangkan masalah kerana apabila air masuk semula ke gelembung udara ianya menyebabkan kebocoran kepada paip sehingga mencatatkan 6,000 kerosakan dalam masa sebulan.

“Kita perlu baiki apabila kita ambil semula kerajaan negeri daripada PH yang ini kesan daripada paip. Kesan daripada kemarau pula air yang kita bekalkan kepada pengguna akhir air ini adalah melalui tangki.

“Maksudnya SAMB memberikan bekalan air secara percuma jadi ada dua kerugian yang tertanggung sehingga hari ini pada 2018 kerugian lebih daripada RM10juta manakala pada 2019 proses untuk baiki juga lebih daripada RM12juta jadi kerugian terkumpul itu lebih daripada RM20juta.

“Jadi proses yang kita hendak betulkan semula mengambil masa setahun insya-Allah tahun ini syarikat air mula mencatatkan untung semula walaupun dalam situasi pandemik selama hampir dua tahun,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.