Berbeza Dengan PH… BN Dibarisi Pemimpin Berkaliber, Sentiasa Prihatin Rakyat

JASIN, 27 Okt – Kepimpinan kerajaan negeri Melaka yang dibarisi oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum ini ternyata berkaliber serta berpengalaman berbanding era pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Mustafa Baharum, penduduk Kampung Chincin daripada salah sebuah kawasan perkampungan di Rim berkata walaupun BN kembali mentadbir negeri ini dalam tempoh yang singkat namun ianya mendatangkan kelegaan kepada beliau.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali walaupun dalam masa 19 bulan tadbir Melaka beliau dapat memberi keselesaan kepada rakyat sehinggakan pernah datang ke sini melawat ladang nanas, jagung.

“Nampaknya perhatian beliau menjadikan kita rasa gembira dengan kepimpinannya saya tengok dari gaya, beliau seorang yang berpegang teguh kepada agama dan sentiasa memberi perhatian kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Mustafa juga memaklumkan bahawa keprihatinan tersebut tidak dirasakan beliau ketika pemerintahan PH.

“Terus terang saya tidak kenal siapa sebenarnya ketua menteri zaman PH sebab kalau dia datang pun kita tidak tahu.

“Kami sebagai rakyat biasa di sini memerlukan pemimpin yang mengambil berat kepada rakyat tapi setakat ini semasa pentadbiran beliau kelompok-kelompok tertentu sahaja… jadi saya tidak tahu apa yang beliau tumpukan.

“Kita tidak mahu macam dahulu sebab porak-peranda dari segi pentadbiran, pemimpin kampung ditukar sampai kami susah hendak cari ketua kampung cari untuk dapatkan tandatangan pun sukar. Kadang-kadang mereka ini di luar kampung, asal dari kampung berbeza bahkan ada yang bukan anak tempatan,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.