Harga Makanan Yang Naik

Sepanjang 2021 negara mengalami kenaikan harga makanan antaranya ayam, telur ayam, minyak masak, roti dan sayur-sayuran. Sebagai contoh harga ayam proses meningkat dengan mendadak sepanjang 2021. Ia mencecah RM10 sekilogram walau pun sebelum ini, ia hanya sekitar RM7-RM8 sekilo. — PUNCA? Seperti mana yang diterangkan oleh kementerian dan agensi berkaitan, punca utama kenaikan harga ayam adalah kerana kenaikan harga dedak […]

» Read more

Belanjawan 2022 Selangor Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Tahun, Defisit Sama Seperti Tahun Lepas – Rizam

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Rizam Ismail menyambut baik belanjawan negeri berkenaan yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari Jumaat petang. Bagi beliau belanjawan 2022 Negeri Selangor itu merupakan belanjawan defisit sama sepertimana tahun lepas serta merupakan belanjawan tertinggi dalam tempoh tiga tahun. “Saya menyambut baik belanjawan yang dibentangkan Menteri […]

» Read more

Barisan Exco Baharu Melaka Sifatkan Lantikan Amanah Besar Untuk Negeri, Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka melahirkan rasa syukur dan beriltizam untuk memikul amanah berkenaan sebaik mungkin. ADUN Tanjung Bidara yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melahirkan rasa syukur atas perlantikan tersebut dan berazam untuk sama-sama membantu pentadbiran […]

» Read more

Exco Melaka: Tahniah Kepada Yang Dilantik, Semoga Dapat Beri Khidmat Terbaik – Norliza

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin sebagai Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Melaka membuktikan sumbangan dan pengalaman Wanita dihargai pucuk pimpinan tertinggi, kata Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Norliza Abdul Rahim. Norliza juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya itu yang telah […]

» Read more

Semoga Laksanakan Amanah Dengan Penuh Integriti

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah kepada wakil Pemuda yang dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka. Dr Asyraf berharap semoga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin dan ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh dapat melaksanakan amanah dengan penuh berintegriti. “Tahniah buat kedua-dua sahabat saya Exco […]

» Read more

Dap Semakin Sombong Dengan Kuasa, Rintihan Rakyat Tidak Dipeduli

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Jurucakap MCA Mike Chong Yew Chuan berkata jelas sekali Dap semakin sombong setelah berkuasa dan sudah sampai masa mereka belajar bahawa suara dan sokongan rakyat tidak boleh diambil mudah. Katanya, jika sebelum ini Dap berjanji berkhidmat kepada masyarakat, sekarang masa untuk dihukum kerana tidak mengendahkan kepentingan masyarakat dan cukuplah tiga belas tahun rakyat menderita di […]

» Read more

Ingatlah Fitnah Runtuhkan BN… Tolak Fitnah, Janji Kosong Demi Kedaulatan Negara – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak orang ramai untuk menolak fitnah dan janji-janji kosong demi kedaulatan negara dan masa hadapan rakyat keseluruhan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata demikian selepas namanya disebut dalam sebuah video pendek mempersoalkan berkaitan ahli politik yang terbabit dengan jenayah berat atau penggubahan wang haram dan mencuri […]

» Read more

Wanita BN Buktikan Kemampuan, Pembawa Obor Parti Di Melaka

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Kepercayaan pucuk pimpinan UMNO terhadap calon-calon daripada wanita pada Pilihan Raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini membuktikan keupayaan masing-masing sebagai pembawa obor dan barisan hadapan parti. Justeru Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berpandangan perkembangan pada PRN tersebut diharap dapat dijadikan sandaran oleh pucuk pimpinan parti untuk meletakkan 30 peratus wakil wanita sebagai calon […]

» Read more

Sulaiman Umum Senarai Exco Kerajaan Negeri Melaka

AYER KEROH 26 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengumumkan sebelas portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka, hari ini. Portfolio itu didahului dengan Sulaiman yang memegang portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama. Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memegang portfolio […]

» Read more

Poket Rakyat Semakin Parah… Kenapa Tiada Kelihatan Pelan Tindakan Kawal Harga Barang?

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pemuda UMNO menuntut jawapan tuntas daripada kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mengurus dan mengawal kenaikan harga barangan pengguna. Pengarah Komunikasinya Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mempersoalkan mengapa tiada kelihatan pelan tindakan mengatasi masalah ini. “Apakah yang kementerian sedang lakukan atau hanya sekadar membiarkan pasaran menentukan harga? […]

» Read more
1 1,576 1,577 1,578 1,579 1,580 2,432