PRK Slim: Calon Bebas Atau Parti Pembangkang, BN Perak Siap Sedia – Saarani

TANJUNG MALIM, 29 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata pihaknya sudah bersedia untuk berdepan dengan calon yang akan diletakkan oleh mana-mana pihak untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) pada Pillihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak. Tegas beliau tidak kiralah sama ada parti pembangkang mahu pun calon Bebas, pihaknya sudah mengambil langkah-langkah awal […]

» Read more

PRK DUN Slim Dan Chini Ada Sedikit Persamaan, Semua Undi Cukup Penting – Ahmad  Maslan

TANJUNG MALIM, 29 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim mempunyai sedikit persamaan dengan PRK DUN Chini. Menurut beliau DUN Slim mempunyai kawasan Felda dan juga perkampungan tradisi serta kalangan pengundi yang pelbagai kaum dan sudah pasti tentunya segala gerak kerja akan berjalan seperti biasa dan apapun yang utama […]

» Read more

Beri Peluang Datuk Seri Najib Bersihkan Nama, Kita Bukan Macam PH – Zahida

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Hari ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak berpihak kepada bekas perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, keputusan ini amat menyedihkan malah ramai para penyokong dan orang-orang UMNO turut kecewa dengan keputusan hakim hari ini, tetapi itulah keputusan mahkamah yang […]

» Read more

Wallahi Wabillahi Watallahi, Saya Tidak Meminta Atau Tahu Tentang RM42 juta – Najib

KUALA LUMPUR, 28 Julai – “Wallahi wabillahi watallahi… saya tidak meminta atau dalam pengetahuan saya tentang duit RM42 juta ini yang dikatakan dimasukkan dalam akuan saya,” ujar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Jelas beliau, sumpah itu yang dilafazkan sebanyak dua kali hari ini adalah lambang ketegasan bahawa pengakuannya berkaitan wang tersebut adalah benar. “Saya nak maklumkan […]

» Read more

UMNO Perak Tidak Ambil Mudah PRK DUN Slim

IPOH, 28 Julai – UMNO Perak tidak akan memandang mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bulan depan walaupun PKR telah menyatakan tidak akan meletakkan calonnya untuk bertanding. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata seluruh jentera dan akar umbi parti akan bekerja keras bagi memastikan DUN Slim kekal milik Barisan Nasional (BN). “Arahan kita […]

» Read more

Hormati Mahkamah, Teruskan Perjuangan Bela Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menghormati keputusan mahkamah hari ini yang memutuskan Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan meliputi salah guna kuasa, pecah amanah dan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana daripada SRC International. Kata Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, walaupun berasa sedih dan simpati atas nasib bekas pemimpin nombor satu […]

» Read more

Hijrah Rasulullah SAW Bukan Pelarian, Mohamad Sabu Digesa Mohon Maaf – Afif

BANDAR BARU BANGI, 28 Julai – Sekretariat Agamawan Muda menasihatkan Presiden Parti Amanah Negara (Pan) Mohammad Sabu agar bertaubat, menarik balik perkataan pelarian dikaitkan dengan peristiwa hijrah serta memohon maaf di atas kekhilafan beliau. Pengerusinya, Afif Farhi Othman berharap pemimpin politik lebih berhati-hati di dalam mengaitkan baginda Nabi SAW di dalam hujahan dan perbahasan agar tidak mengundang persepsi yang negatif […]

» Read more

Zahid Seru Ahli/Penyokong UMNO Bertenang, Akur Keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pucuk pimpinan parti di semua peringkat dan ahli-ahli serta penyokong UMNO bertenang serta akur dengan keputusan mahkamah. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ekoran keputusan mahkamah berkaitan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan […]

» Read more

Presiden Pan Jangan Biadap – MN Gombak

GOMBAK, 28 Julai – Muafakat Nasional Gombak mengecam keras kebiadapan dan keceluparan Presiden Parti Amanah Negara (Pan) Mohamad Sabu yang menggelarkan Rasulullah SAW sebagai pelarian dalam sesi perbahasan di Parlimen semalam. Dalam satu kenyataan bersama Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din dan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Salehuddin Mohd Nasir berkata gelaran yang diberikan Ahli […]

» Read more

Garis Panduan Penjualan Arak Di Ibu Negara Dibincang Bulan Depan – Annuar

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Lembaga pelesenan minuman keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bersidang pada Ogos bagi membincang dan menentukan garis panduan yang lebih teratur berhubung penjualan arak di ibu negara. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata penelitian garis panduan itu bertujuan menjaga kepentingan awam dengan mengambil kira sensitiviti premis dan kawasan serta waktu penjualan arak […]

» Read more
1 1,548 1,549 1,550 1,551 1,552 2,107