PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Bermula

KOTA KINABALU, 12 Sept – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bermula pada 9 hingga 10 pagi ini di 73 pusat di seluruh negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat persiapan rapi di semua pusat penamaan calon itu, yang antara lain terdiri daripada dewan komuniti dan sekolah, bagi memastikan kelancaran proses berkenaan di sebalik prosedur operasi […]

» Read more

PRN Sabah: Dua Tahun Rakyat Tersiksa Di Bawah Warisan/PH – Ahmad Zahid

  LIBARAN, 11 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua tahun rakyat Sabah tersiksa di bawah pentadbiran Warisan/Pakatan Harapan (PH) dan kini adalah masa terbaik untuk rakyat ubah balik pucuk pimpinan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini. Jelas beliau, kerana itulah rakyat Sabah harus bijak memilih agar nasib rakyat […]

» Read more

PRN Sabah: Kambus Segala Sengketa Demi Kemenangan – Bung Moktar

LIBARAN, 11 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, politik masa kini adalah di luar jangka maka semua pihak harus bersatu hati dan tenaga demi mencapai kemenangan. Jelas beliau, untuk menang segala sengketa harus dikambus rapat. “Kita berjuang atas parti dan bukan atas nama calon. Calon boleh berubah tetapi parti tetap ada maka parti […]

» Read more

PRN Sabah: Calon Wanita Muda Anggap Satu Pengiktirafan Pimpinan Parti

KOTA KINABALU, 11 Sept – Calon wanita muda yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Hazulizah Md Dani bukan sahaja berazam untuk terus melaksanakan yang terbaik bagi masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, malah ingin membuktikan bahawa keputusan yang diambil pucuk pimpinan amat bertepatan. Ini kerana katanya bagi kalangan Puteri UMNO, calon terakhir yang mendapat tempat […]

» Read more

PRN Sabah: Majoriti Calon Baharu, Bukti UMNO Tidak Ketandusan Pelapis – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata majoriti calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah muka baharu. “Ini membuktikan UMNO Sabah berani melakukan reformasi dan pembaharuan untuk mengetengahkan calon baru sebagai pemimpin. “Hal ini juga membuktikan UMNO tidak ketandusan pemimpin dan pelapis baru bagi menyambung […]

» Read more

Calon BN Disambut Meriah, Semarak Jentera Menjelang Penamaan

TAWAU, 11 Sept. – Walaupun penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hanya akan bermula esok namun jentera Barisan Nasional (BN) telah siap siaga dan bersemangat bagi menggerakkan usaha ke arah kemenangan. Hal tersebut dapat dilihat menerusi sambutan yang ditunjukkan oleh jentera-jentera BN bagi meraikan calon-calon BN selepas pengumuman yang dibuat oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar […]

» Read more

Pemuda UMNO Sabah Yakin Rakyat Beri Kepercayaan Kepada BN Dan Rakan Gabungan

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain yakin Barisan Nasional (BN) dan rakan parti gabungan mampu mengambil semula tampuk kerajaan negeri dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sekutunya. Ini kerana katanya, rakyat semakin sedar parti yang mana yang lebih membawa kemajuan dan kemakmuran kepada mereka. “Saya yakin dan percaya kita akan mengambil […]

» Read more

Muafakat Nasional: Kekalkan Perpaduan, Kekuatan Yang Harus Dipupuk – Shahidan

KUALA LUMPUR, 11 Sept – “Kalau kita bersatu padu, kita akan kuat dan akan menang Insya-Allah dengan izin Allah. Tapi kalau kita berpecah kita akan kalah… ini adalah prinsip yang akan kita pakai dalam fitrah kehidupan manusia.” Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kasim yang berkata terdapat hikmah di sebalik kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) […]

» Read more

PRN Sabah: BN, PN Dan PBS Setuju Elak Pertembungan Calon

KOTA KINABALU, 11 Sept – Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini bersetuju secara konsensus untuk mengelak pertembungan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata semua parti terlibat juga telah bersetuju membentuk solidariti bagi menghadapi PRN Sabah secara bersama. “Pengumuman (calon) […]

» Read more

Pemilihan Calon Mengikut Acuan Suara Rakyat, Boleh Menang – Norliza

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata pemilihan calon parti bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah yang terbaik di dalam kalangan yang terbaik. Ujarnya, sudah tentu calon yang dipilih itu mengikut acuan pengundi Sabah dan calon boleh menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. “Tahniah […]

» Read more
1 1,500 1,501 1,502 1,503 1,504 2,093