Jangan Percaya Bisikan Beracun Calon Bebas Mengaku Mesra BN/PN – Jamil Khir

  LIBARAN, 19 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, rakyat Sabah harus menolak bisikan ‘beracun’ daripada calon bebas yang cuba mempengaruhi pengundi kononnya mereka adalah calon bebas yang mesra kepada Barisan Nasional (BN). Jelas beliau, itu semua adalah taktik untuk mensabotaj calon BN yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. “Saya […]

» Read more

Teruskan Momentum Sokongan Anak Muda, BN Parti Pembela Rakyat – Andi

KALABAKAN, 19 Sept. – Jentera UMNO khususnya golongan muda diseru untuk meneruskan momentum sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam kempen yang memasuki fasa kedua, kata calon BN DUN N71 Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandi. Katanya, anggota jentera BN hanya ada dalam seminggu lagi untuk menamatkan ‘larian’ dan sampai ke garisan penamat. “Terima kasih saya ucapkan kepada semua jentera Pemuda […]

» Read more

Golongan Muda Bersama BN, Tolak Dakwaan Sentimen Tidak Benar – Puteri Kalabakan

KALABAKAN, 19 Sept – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kalakabakan, Erlynah Aliamat menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kononnya golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN). Katanya, dakwaan tersebut adalah sentimen tidak benar yang sengaja diwujudkan. “Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya anak muda tidak menyokong BN dan ia hanya sentimen kerana di Bahagian Kalabakan, golongan muda khususnya Puteri UMNO adalah jentera yang sangat […]

» Read more

“Kami Pakai Baju ‘Putih’ Untuk Bekerja… Undi ‘Tatap’ BN”

KIMANIS, 19 Sept – “Kami pakai baju ‘putih’ untuk bekerja sahaja…tetapi dalam hati, kami akan pangkah calon nombor satu (1) iaitu calon BN.” Demikian kata calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin berkongsi pengalaman ‘walkabout’ ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bongawan. Program berkenaan yang […]

» Read more

Kembalikan Sabah Sebagai ‘Fix Deposit’ BN Demi Pembangunan Berterusan

TAWAU, 19 Sept. – Suatu waktu dahulu Sabah terkenal sebagai ‘fix deposit’ (‘simpanan tetap’) Barisan Nasional (BN) yang akan memberikan sumbangan besar dalam jumlah undi bagi membentuk kerajaan negeri dan membantu menjamin kerajaan Persekutuan. Sehubungan itu, Abdul Majid Saleh, 50, Ketua Penyelaras PDM berkata, usaha berterusan dibuat oleh anggota UMNO bagi memastikan sokongan terhadap BN kukuh dan calon-calon BN yang […]

» Read more

Warisan Naik Kerana Khianat… Mandat Rakyat PRU-14 Memang Pada BN, Ubah Balik – Asyraf

KALABAKAN, 19 Sept. – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa mandat rakyat negeri Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu adalah untuk BN namun bertukar apabila Parti Warisan sanggup mengkhianati rakyat. Katanya, BN Sabah tidak kalah pada PRU-14 lalu tapi kerana khianat maka kerajaan negeri pimpinan BN ketika […]

» Read more

‘Sabah Ubah’ Rupanya Bertukar Ke Belakang, Bukan Bawa Sabah Terus Maju – Zahid

KIMANIS, 18 Sept – ‘Sabah Ubah’ yang pada satu ketika digunakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu oleh Warisan sememangnya menampakkan perubahan namun bukanlah perubahan tersebut ke depan sebaliknya berundur ke belakang. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara berkenaan dapat dibuktikan menerusi pertumbuhan ekonomi ketika Sabah di bawah BN berbanding negeri berkenaan berada di […]

» Read more

Tak Timbul Soal ‘Sabah Untuk Sabah’, Utamakan Agenda Kebajikan Rakyat – Sharkar

KALABAKAN, 18 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menegaskan soal sentimen ‘Sabah untuk Sabah’ atau ‘UMNO/BN parti Semenanjung’ tidak timbul kerana keutamaan adalah fokus kepada agenda untuk rakyat. Jelasnya, sebenarnya dari dulu Warisan cuba memainkan sentimen Sabah untuk Sabah sedangkan sewajarnya semua pihak di Malaysia ini sama ada di Sabah, Sarawak atau Semenanjung […]

» Read more

Lupakan Warisan, Pilih BN Untuk Masa Depan Sabah – Afriz

KALABAKAN, 18 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Afriz Mohd Noor berkata inilah masanya untuk rakyat melupakan Parti Warisan kerana telah nyata bahawa parti terbabit penuh dengan penipuan sebaliknya tumpukan sahaja kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang berkaliber demi masa hadapan rakyat Sabah. Ujarnya, rakyat perlu membuat keputusan yang bijak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada 26 […]

» Read more

BN Terbukti Tadbir Negara Dengan Baik… PH? Hanya Beri RM30 Kepada Rakyat – Ismail Said

  KINABATANGAN, 18 Sept – Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, kemakmuran, kemajuan dan hidup aman damai dalam berbilang kaum di negara ini adalah bukti kejayaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini dengan baik. Jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, tidak ada seorangpun yang boleh menafikan perkara tersebut malah BN juga amat prihatin […]

» Read more
1 1,481 1,482 1,483 1,484 1,485 2,085